Salam warahmatullah,
Menanam karas seperti juga pokok-pokok yang lain tidak lepas dari serangan serangga perosak. Bagi mengatasi masalah ini, kita mempunyai berbagai opsyen dari berbagai jenis racun serangga komersial yang terdapat di pasaran.
Masalahnya, untuk pokok karas kita tidak boleh menggunakan racun serangga komersial kerana ia akan menjejaskan mutu gaharu itu nanti.
Namun ini bukanlah masalah yang besar kerana kita boleh membuat sendiri racun serangga organik yang boleh digunakan ke atas sebarang jenis pokok dan tanpa kesan sampingan.
Caranya...
Kita memerlukan sedikit bawang putih, cili padi serta sabun serbuk. Bawang putih serta cili padi ditumbuk kemudian dibancuh dengan air serta sedikit sabun serbuk. Bancuhan ini kemudiannya ditapis ke dalam 'spray bottle' dan bolehlah digunakan.
Mudah, murah dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment