...

LAZADA

Lazada Malaysia

Wednesday 27 July 2016

Pertemuan Bersejarah Dengan Tuan Haji Ismail Kassan


Salamwarahmatullah,

26 Jul 2016. Jam 10.00 pagi. Saya dan En Malek telah berkunjung ke pejabat Redclaws Aqua & Herbs Enterprise yang bertempat di Kg Melayu Sg Buloh, Selangor.

Kunjungan kami adalah sebagai memenuhi jemputan Tuan Haji Ismail Kassan seminggu sebelumnya. Pertemuan ini telah diatur oleh Tuan Haji Ismail Kassan sejajar dengan kunjungan beberapa orang professor daripada Universiti Malaysia Pahang dan dijadikan sebagai platform untuk menjawab beberapa persoalan yang telah diutarakan oleh En Malek juga oleh pelawat-pelawat dari UMP itu. Turut serta adalah En Zabidi yang kini menetap di Doha, Qatar.

Sebaik sahaja sesi perkenalan, Tuan Haji Ismail Kassan terus sahaja membincangkan persoalan berkaitan spesis pokok karas, persediaan penanaman, keadah penanaman, pembajaan, selenggaraan pokok karas serta penghasilan gaharu dan produk berasaskan pokok karas.

Jelas sekali ilmu dan pengalaman Tuan Haji Ismail Kassan amat luas. R&D yang telah beliau jalankan semenjak dari mulai menanam pokok karas pada 2006 hingga sekarang jelas sekali amat mematangkan beliau dalam industri gaharu ini. Menurut beliau, beliau kini mempunyai sebanyak 84 formula inokulan yang telah berjaya diuji dan menghasilkan gaharu. Di samping itu, pemikiran kritis beliau membolehkan syarikat beliau menerajui penghasilan beberapa produk hiliran berasaskan pokok karas. Bagi produk teh gaharu sahaja, beliau telah menghasilkan 4 gred teh gaharu termasuk gred tertinggi yang menurut beliau boleh dipasarkan pada harga sekitar RM15,000 sekilo. Syabas Tuan Haji!

Perkongsian ilmu oleh Tuan Haji Ismail Kassan yang berakhir sekitar jam 1.30 petang, menurut beliau hanya mencakupi sekitar 50% sahaja daripada ilmu gaharu yang beliau miliki. Itupun sudah terlalu banyak bagi kami yang hadir.

Sebagai kenang-kenangan, beliau telah menghadiahkan kepada kami yang hadir biji benih A. Hirta serta sebuku sabun gaharu. Sebelum mengundurkan diri, kami telah dijamu dengan jamuan makan tengahari oleh Tuan Haji Ismail Kassan di Warung Kita.

Harapan saya semoga dapat bertemu beliau lagi di masa hadapan. Dan, saya doakan juga semoga Allah terus merahmati Tuan Haji Ismail Kassan dengan idea-idea yang kritis serta bernas dan memudahkan usaha Tuan Haji Ismail Kassan untuk memartabatkan industri gaharu di Malaysia ini. Amin!!!

Wassalam.



With Allah Blessing,

26 Jul 2016. 10.00am. I and En Malek visited the office of Redclaws Aqua & Herbs Enterprise located at Kg Melayu Sg Buloh, Selangor.

Our visit was to fulfilled the invitation extended by Tuan Haji Ismail Kassan a week earlier. This visit was organized by Tuan Haji Ismail Kassan parallel with the visit of some professor from Universiti Malaysia Pahang and serve as a platform to answer some questions that have been raised by En. Malek also by visitors from the UMP. Also participating were En. Zabidi who now lives in Doha, Qatar.

Immediately after introductory session, Tuan Haji Ismail Kassan discussed on the species of Aquilaria trees, the planting preparation, planting methods, plants maintenance and the production of agarwood and downstream products based on agarwood.

Obviously the knowledge and experiences of Tuan Haji Ismail Kassan is very extensive. The R&D that he has done since he started planting Aquilaria trees in 2006 until now, has made him very mature in the agarwood industry. According to him, he now has 84 inoculant formulas which has been successfully tested to produce agarwood. Through his critical thinking, he has managed to spearhead his company into the production of several agarwood-based downstream products. In the production of agarwood tea alone, he has managed to come out with 4 grade of tea including the highest quality of all which according to him can be sell at the price of RM15000 per kg. Bravo Tuan Haji!

The discussion was ended at 1.30pm, which according to Tuan Haji Ismail Kassan only covers about 50% of his knowledge in agarwood. Even so, it is already very much for us.

As a memento, we were presented with A. Hirta seeds as well as a loaf of agarwood soap. Before rsigning, we were treated to lunch by Tuan Haji Ismail Kassan at Warung Kita.

My hopes is for us to be able to meet him again. I thus prayed that Allah will continue his blessing for Tuan Haji Ismail Kassan with critical and thoughtful ideas and assist him in his efforts to uplift the standard of agarwood industry in Malaysia. Amin!!!

Wassalam.



Saturday 23 July 2016

Solusi Aktif...Adakah Ia Juga Inokulan Gaharu?

Salamwarahmatullah,

Baru-baru ini saya ada mendapat pertanyaan yang bertanyakan adakah solusi aktif itu juga merupakan inokulan gaharu?

Mengikut pengkajian saya, kebanyakan inokulan gaharu organik yang berada di pasaran adalah berasaskan EM - Effective Microorganisms atau Effective Microbes. Kenapa begitu? Sebabnya mikrob adalah diperlukan bagi merangsang pokok karas untuk mengeluarkan resin gaharu.

Sekiranya kita layari kebanyakan portal gaharu Indonesia, kita akan dapati rata-rata mereka akan menyebut tentang Fusarium yang digunakan di dalam inokulan mereka. Apakah Fusarium?

Fusarium adalah sejenis famili kulat. Kulat ini dibiakkan di dalam solusi EM dan kemudiannya disuntik ke dalam pokok karas bagi merangsang pokok karas untuk menghasilkan resin gaharu.

Oleh yang demikian itu, solusi aktif boleh diolah untuk menjadi inokulan. Bagaimanapun, keberkesanannya tidak boleh saya jamin kerana penghasilan resin gaharu oleh pokok karas bergantung kepada banyak faktor luaran yang meliputi teknik suntikan, waktu suntikan, kesuburan pokok, cuaca dan sebagainya.

Sekiranya anda hendak menggunakan kaedah solusi aktif sebagai kaedah asas untuk menghasilkan inokulan gaharu, anda boleh melakukannya ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.


Wassalam.




Good day,

Recently, I received a question whether or not the active solution is also agarwood inoculant?

According to my observation, most of the organic inoculant available on the market are EM - Effective Microorganisms or Effective Microbes based. Why it is so? The reason is that microbes are required to stimulate the agarwood trees into producing the agarwood resin.

Should we surf the Indonesian agarwood portal, we will come across Fusarium in most of their writing abount inoculant. What is Fusarium?

Fusarium is a family of fungi which is being bred in the EM solution and then injected into the agarwood trees to produce agarwood resin.

Therefore, the active solution may be use to produce inoculant. However, its effectiveness is not guaranteed as the production of agarwood can be affected by many external factors such as the injection method, time of injection, the health of the agarwood trees, weather and so on.

Thus, if you intend to use the active solution method as a mean to produce your own inoculant, you may do so AT YOUR OWN RISK.


Wassalam.