...

LAZADA

Lazada Malaysia

Tuesday 25 November 2014

Inokulasi Lagi & Lagi...

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah hari ini saya telah dapat melakukan inokulasi ke atas 10 batang lagi pokok karas dan 2 darinya adalah kepunyaan Landlord.












Semuanya hasil bantuan anak-anak saya serta 2 orang sepupu mereka. Alhamdulillah.

Wassalam.







Tuesday 18 November 2014

Inokulasi Lagi

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah, siang tadi saya telah ke tapak projek bersama-sama dua orang anak saya. Tujuannya adalah untuk melihat perkembangan inokulasi terdahulu. Alhamdulillah sekali lagi kerana semuanya berjalan dengan baik.

Kesempatan tersebut juga telah saya manfaatkan dengan menanam beberapa batang anak nenas yang diambil dari kebun En Malek di Tangkak tempohari.

Selain dari itu, kesempatan juga telah digunakan bagi menginokulasi dua batang lagi pokok karas. Kedua-duanya kepunyaan landlord.

Sering kali saya terbaca tentang usaha inokulasi menggunakan teknik 'bamboo stick' dan ramai yang mengatakan hasilnya adalah amat baik sekali. Lantas, untuk inokulasi kali ini, saya telah menggunakan teknik yang diadaptasi daripada teknik 'bamboo stick' tetapi diubah mengikut citarasa saya.

Setelah beberapa lubang dibuat di pokok-pokok karas yang terpilih, anak-anak saya telah menyumbat ke dalamnya bebola kapas dan kemudiannya disuntik dengan vaksin. Proses tersebut diteruskan hingga lubang-lubang tersebut padat dengan bebola kapas. Tujuan saya berbuat begini adalah kerana bebola kapas dapat menyerap lebih banyak vaksin berbanding dengan 'bamboo stick'. Dari itu, lebih banyak vaksin akan diserap oleh pokok karas.

Samada teknik ini akan berjaya atau tidak, kita perlu tunggu sekurang-kurangnya enam bulan dari sekarang. Semoga Allah memberikan kejayaan dan hasil yang baik daripada penggunaan teknik ini.



Teknik ini lebih mudah perlaksanaannya kerana ia tidak memerlukan banyak barangan seperti botol, tali, paku dan lain-lainnya.

Mungkin akan ada yang bertanya tidak perlukah lubang tersebut ditutup? Berdasarkan ujikaji yang telah dijalankan oleh sahabat saya Tuan Bakery yang menggunakan vaksin dengan formula yang sama, hasil gaharu adalah lebih baik dan lebih banyak dengan cara ini. Dengan kepekatan vaksin yang kami digunakan, air hujan yang masuk akan membantu vaksin menular ke dalam pokok dengan lebih baik dan lebih jauh lagi lantas memberikan pulangan gaharu yang lebih banyak. Insya-Allah...

Kita tunggukan hasilnya nanti.

Wassalam.


Friday 14 November 2014

Perkembangan Flower Hormone

Salam warahmatullah,

Proses penyediaan Flower Hormone telahpun siap. Hormon tersebut telahpun ditapis dan dimasukkan ke dalam botol lain menunggu kajian lapangan.

Sementara itu, dengan menggunakan baki pati Flower Hormone, saya telah membuat 'batch' baru Flower Hormone. Insya-Allah prosesnya akan selesai dalam masa 2 minggu lagi.

Flower Hormone yang telah disiapkan dan menunggu kajian lapangan

Wassalam.


Super Gaharu R&D - Phase One

Salam warahmatullah,

Today, I have completed the first phase for the Super Gaharu research project involving 2 young plants of species A. Malaccensis. The R&D is based loosely on the GM Super project undertaken by an Indonesian gaharu entrepreneur  with claims that gaharu plants which had undergone such processes will bear gaharu without the need for further inoculation when it matured in 4 - 5 years. Any further inoculation will be treated as optional.


The 2 young plants has been soaked in gaharu vaccine for the last 30 days. Throughout the process, the plants has not shown any negative reaction and has been growing normally. A very good sign indeed!

Updates in the next phase will be reported after it has been completed. In the mean time, sit back and relax.

Wassalam.


Thursday 13 November 2014

Kemaskini Inokulasi Pokok Karas Dari En Malek

Salam warahmatullah,

Saya baru terima 2 keping gambar daripada En Malek melalui Whatsapp berhubung inokulasi gaharu yang dilakukan semalam.

Berikut adalah gambar-gambarnya:



Alhamdulillah...dah habis vaksin diserap oleh pokok karas. Mudah-mudahan akan memberikan hasil yang lumayan nanti.

Wassalam.


Wednesday 12 November 2014

Inokulasi Pokok Karas Ihsan Dari En Malek

Salam warahmatullah,

Pagi tadi, saya telah pergi ke Tangkak untuk melawat kebun karas En Malek. Selain daripada untuk melihat kemajuan tanaman karas En Malek, tujuan utamanya adalah untuk menginokulasi 2 batang pokok karas pemberian ihsan daripada En Malek.

Turut bersama saya adalah 2 orang anak lelaki saya. Setiba di Tangkak, kami terus sahaja ke kebun En Malek. Menurut beliau, terdapat kira-kira 4000 pokok karas telah ditanam di situ.

Kami terus sahaja mempersiapkan peralatan untuk inokulasi dan seterusnya menuju ke lokasi pokok karas. 1 batang pokok karas dari spesis Crassna/Sub-integra dan 1 batang pokok karas dari spesis Malaccensis telah diinokulasikan menggunakan vaksin olahan saya sendiri.Kedua-dua batang pokok karas tersebut telah ditandakan dengan semburan cat kuning.

Pokok karas spesis A. Crassna / sub-integra

Pokok karas spesis A. Malaccensis
En Malek telah menyarankan untuk saya inokulasikan sebatang lagi pokok karas tetapi peralatan serta vaksin yang dibawa tidak mencukupi. Saya hanya membawa vaksin cukup-cukup untuk 2 batang pokok karas sepertimana yang beliau beritahu 2 hari sebelumnya.

Tak apalah...ada rezeki lain kali boleh inokulasi lagi.

Setelah selesai, kami pun bergerak kembali ke kereta. Dalam perjalan itu, sempat juga saya ambil beberapa batang anak nenas untuk ditanam di Sungai Lopoh nanti.

Kemudian, kami bergerak ke rumah abang En Malek. Setiba di situ, kelihatan abang En Malek sedang sibuk menguruskan anak-anak karas milik beliau sebanyak 10000 polibeg. Menakjubkan! Seronok melihat deretan anak-anak karas tersusun rapi dan hidup dengan suburnya.





Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan anak karas tersebut, bolehlah menghubungi En Malek di talian 016-6951347.

Wassalam.


Wednesday 5 November 2014

Sambungan Inokulasi...

Salam warahmatullah,

Untuk pengetahuan, 3 batang lagi pokok karas telah diinokulasi pada hari Sabtu yang lalu. Dan....semalam, 5 batang lagi pokok karas telah diinokulasi. Kesemuanya menggunakan vaksin olahan saya sendiri. 

Gambar berikut adalah daripada aktiviti inokulasi pada hari Sabtu:




Manakala gambar berikutnya adalah daripada aktiviti inokulasi hari semalam:






Jika diamati daripada gambar-gambar inokulasi yang telah ditunjukkan semenjak 1 Muharram yang lalu, tentu ada yang tertanya-tanya kenapa sesetengah inokulasi menggunakan botol 1.5 liter? Jawapannya, adalah untuk melihat sejauh mana pokok karas berupaya menyerap vaksin yang dimasukkan.


Dan...dari pengamatan saya, ada vaksin yang diserap dengan cepat pada permulaannya tetapi kemudian menjadi lambat atau tertangguh sepenuhnya. Mungkinkah kerana pokok sudah tepu dengan vaksin menjadikannya berhenti daripada terus menyerap vaksin? Wallahu a'lam.

Ada juga di antara vaksin yang terhenti itu saya tebukkan lubang lain. Hasilnya...ada yang dapat menyerap vaksin hingga habis tetapi ada juga yang terhenti seperti sebelumnya.

Berhubung masalah vaksin pemberian Abang Mat Siam, saya masih belum mendapat apa-apa perkhabaran mengenainya daripada Abang Mat Siam. Namun sebagai cubaan untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah membuat lubang lain tetapi hasilnya masih sama. Hmm...apa lagi yang boleh saya lakukan?

Nampaknya...melakukan proses inokulasi pun ada masalah tersendiri. Tidak semudah yang dijangkakan. Tak apalah...ia bakal menjadi ilmu yang bermanfaat di kemudian hari. Insya-Allah.

Wassalam.