...

LAZADA

Lazada Malaysia

Saturday 24 December 2011

Maha Suci Allah....Subhanallah....Alhamdulillah....

Salam warahmatullah,

Pagi tadi saya telah berkesempatan ke Semenyih untuk melihat sendiri hasil ujian inokulasi yang telah dilakukan oleh Tuan Bakery pada 7hb Mei 2011 yang lalu setelah tertangguh untuk kesekian kalinya.

Mula-mula saya telah ke nurseri Tuan Bakery untuk melihat gaharu yang sedang dicucinya. Untuk makluman, gaharu ini adalah hasil dari suntikan inokulan B yang telah beliau potong setelah berusia 5 bulan diinokulasi. Hasilnya memang seperti yang beliau katakan sebelum ini, harum baunya biarpun tidak dibakar. Jika dibandingkan dengan hasil gaharu dari inokulasi nano berusia 2 tahun diinokulasikan, nyata sekali hasil inokulan B ini adalah lebih baik. Ini mengesahkan bahawasanya inokulan B ini sangat berjaya.

Alhamdulillah!!!

Foto 1 - Gaharu dari inokulan B yang sedang dicuci. Baunya amat harum.

Foto 2 - Gaharu dari inokulan B.


Kemudiannya, kami telah pergi melihat 2 batang lagi pokok karas yang telah diinokulasikan; satu menggunakan inokulasi NZ dan satu lagi menggunakan inokulasi Y. Hasilnya seperti gambar-gambar di bawah.

Foto 1 - Inokulan NZ
Foto 2 - Inokulan NZ
Foto 1 - Inokulan Y

Foto 2 - Inokulan Y
Foto 3 - Inokulan Y

  
Foto 4 - Inokulan Y
Insyallah sedikit masa lagi Tuan Bakery akan membuat inokulasi menggunakan variasi dari formula Y pula. Ini berdasarkan pemerhatian di mana inokulan formula Y didapati mengambil masa yang lama untuk diserap oleh pokok karas, berkemungkinan kerana terlalu pekat.

Apapun, kejayaan ini merupakan titik pertama ke arah penghasilan inokulan yang lebih efektif dan berkualiti.

Mudah-mudahan segala usaha ini akan membuahkan kejayaan.

Wassalam.

.

Sunday 18 December 2011

Armyworms...

Salam sejahtera,

Hari Khamis yang lalu yang telah berkesempatan pulang ke kampung di Kg Lepar, Pahang. Petang itu, saya telah diperkenalkan oleh pakcik saya dengan seorang penggiat tani di kampung berhampiran. Apa yang menariknya ialah beliau ini bukan sahaja melakukan aktiviti bertani tetapi juga mengusahakan pengeluaran sejenis Cecair Kawalan Serangga berasaskan herba 100%. Cecair ini mampu mencegah pelbagai jenis serangga dari jenis ulat bulu, teritip, kutu mahupun lintah atau kumbang.

Memandangkan kesuntukan waktu, pertemuan dan perbincangan dengan beliau telah diteruskan keesokan harinya. Saya telah mengambil kesempatan pagi Jumaat itu untuk menunjukkan kepada beliau gambar-gambar ulat yang telah menyerang tanaman karas di Hulu Langat. Menurut beliau, ulat-ulat tersebut adalah dari jenis 'armyworm' dan beliau juga mengesahkan bahawa Cecair Kawalan Serangga keluaran beliau mampu untuk menghapuskan ulat-ulat tersebut. Di samping berkemampuan untuk menghapuskan ulat-ulat dan serangga, cecair tersebut juga dapat bertindak sebagai baja organik kerana ia diperbuat daripada 100% herba.

Di samping itu, ia juga tidak membahayakan kesihatan. Tanaman sayuran yang disembur Cecair Kawalan Serangga ini boleh dipetik dan dimakan serta-merta tanpa sebarang tindakbalas sampingan.

Berikut adalah fakta berkenaan 'armyworm' dipetik dari portal OISAT untuk rujukan ramai:

 Source: University of Nebraska-Lincoln

 

General Information


Common name: Armyworm
Lepidoptera:Noctuidae

 

Host plants


Armyworm larva feeds on almost all agricultural crops.

 

Distribution


India, Asia, Australia, New Zealand, Canada, and USA

 

Damage


The larvae can eat the entire leaves of field crops and grasses. When feeding, they chew from the leaf edges until only the midrib is left. They feed on various crops and grasses during their migration, and often bare crops of tender leaves after passing through. They travel from field to field in great numbers, hence the name "armyworm".

 

Description


The larvae are described to differentiate the several armyworm species from each other.

  1. American or Southern armyworm, Fall armyworm, Grass worm, Overflow worm (Spodoptera frugiperda)
    Mature larvae measure 3.6-4 cm long. They are gray to black in color with alternately bright and pale yellow stripes running longitudinally along their bodies. Black crescent spots are found next to the stripes (IRRI, 2001).
  2. African armyworm, Black armyworm (S. exempta)
    Mature larvae measure up to 4 cm long and are generally black, heads faintly mottled with dark brown spots, and with light yellow stripes at their backs. They are characterized by the presence of C-shaped dark spots along their backs (IRRI, 2001).
  3. Grass armyworm, Rice swarming caterpillar (S. mauritia)
    Mature larvae are 3.8-4 cm long and have shades of green, gray, or brown with dark dull dorsal and subdorsal longitudinal stripes. Two rows of C-shaped black spots are distinct along the backs (Reissig; et. al., 1986: pp. 99-109).
  4. Paddy armyworm, Rice armyworm, True armyworm, Rice ear-cutting caterpillar (Mythimna separata)
    Mature larvae are 3-4 cm long and are green to pink in color, with longitudinal light grey to black stripes running along the entire length of their bodies. They have brown to orange heads with an A-marking (Reissig; et. al., 1986: p. 102).
  5. Yellow striped armyworm (Spodoptera praefica)
    Mature larvae are about 4 cm long and black in color with yellow or orange stripes along their sides. These are bordered below by a white-stripe on each side. They have an inverted-white-Y on the front of the heads (IRRI, 2001).
  6. Armyworm (Pseudaletia unipuncta)
    The full grown larva is 3-4 cm long with two orange stripes on each side. Above and below the spiracles, there is a pale-orange and white-bordered stripe. Less distinctive brown stripes are found on the body (CABI, 2000).
  7. Beet army worm (S. exigua). The larvae are 3-4 cm long, green in color with many light stripes along the backs and a broader stripe down the sides. The undersides are usually yellow color (Ellis; Bradley, 1996: pp. 270-271.10).

Morphology


Eggs of armyworms are white and are found in clusters. One egg mass contains 200-300 eggs. These turn yellowish when mature. Hatching occurs in about 2-5 days.

The larva varies its colors according to the species. Sizes vary from 2-4.5 cm long. The larva has 6 small legs just behind the head and 10 fleshy legs at the rear. The larva eats voraciously as it grows. It digs 3-6 cm below the soil surface to pupate.

The pupa is brownish red in color and about 2-3 cm long. Pupation takes about 7-16 days depending on the climatic conditions.

The moth has 3-4 cm wingspan and 1.5 cm long. Colors vary from light green, light pink, tan, to dark brown in color. The tiny white dot in the center of each forewing is an important feature to identify the armyworm moth. The moth is seldom seen because it is active only at night time, either mating or searching for suitable egg-laying sites. The female moths lay eggs on the lower leaves of growing grasses or small grains.


Tuesday 15 November 2011

Hasil Ujian Suntikan Inokulan B

Salam warahmatullah,

Pada 7hb Mei 2011 yang lalu, sahabat saya, Tuan Bakery telah menjalankan ujikaji inokulasi pokok karas menggunakan 3 formula inokulan ciptaan kami sendiri.

Dan, minggu lalu, beliau telah menebang pokok karas yang disuntik dengan inokulan B dan hasilnya adalah seperti gambar-gambar berikut:




Menurut beliau, gaharu yang terhasil amat wangi biarpun belum dibakar. Saya belum berkesempatan untuk melihat sendiri hasil tersebut akibat dari kesibukan masa. Insyallah akan berkunjung juga ke sana nanti untuk melihat sendiri hasil ujikaji inokulan Y serta NZ pula.

Wassalam.

.

Thursday 10 November 2011

Pokok Karas Untuk Dijual

Salam warahmatullah,

Butir-butir:

Jumlah pokok = 15 batang pokok karas A. Malaccensis (tumbuh semulajadi)
Ukurlilit = 2 pemeluk
Usia pokok = 15 tahun
Lokasi = Tapah, Perak

Sesiapa berminat, sila sms 012-2021472.

Wassalam.

.

Friday 28 October 2011

Apa Itu Inokulan?


TheFreeDictionary.Com mentafsirkan inokulan sebagaimana berikut:

inoculant - a substance (a virus or toxin or immune serum) that is introduced into the body to produce or increase immunity to a particular disease

Secara asasnya, di dalam industri tanaman karas dan penghasilan gaharu, inokulan merupakan sejenis bahan yang disuntik ke dalam batang pokok karas yang telah mencapai usia matang bertujuan untuk merangsang agar pokok karas berkenaan mengeluarkan resin sebagai satu bentuk tindakbalas hingga akhirnya bahagian dalaman pokok karas itu berubah menjadi gaharu yang mempunyai nilai komersil yang tinggi di pasaran antarabangsa.

Persoalannya, apakah bahan yang digunakan sebagai suntikan ini?

Sekiranya kita merujuk kepada tafsiran oleh TheFreeDictionary.Com seperti di atas, ia merupakan sejenis virus atau toksin atau serum.

Soalan seterusnya…, virus yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan? Atau, toksin yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan? Atau, serum yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan?

Perkara asas yang perlu diambilkira daripada penggunaan virus atau toksin atau serum adalah samada ia akan menyebabkan berlakunya tindakbalas negatif terhadap pokok karas tersebut. Adakah pokok itu akan mati? Atau, ia akan menghasilkan gaharu tetapi kualitinya tidak menepati kehendak pembeli seperti mengeluarkan bau yang tidak enak apabila dibakar. Atau, minyak yang dihasilkan tidak sesuai untuk diminum atau digunakan di dalam pembuatan barangan kosmetik.

Kerana itulah maka kini terdapat pengeluar inokulan yang mengeluarkan inokulan bio atau organik. Matlamatnya adalah supaya gaharu yang dihasilkan serta minyak yang dikeluarkan bukan sahaja menepati kehendak pembeli tetapi juga tidak berbahaya kepada kesihatan pengguna.

Pada kebiasaannya, inokulan dikeluarkan dalam bentuk cecair. Tujuannya supaya mudah untuk disuntik ke dalam batang pokok karas. Pun begitu, terdapat juga inokulan dikeluarkan dalam bentuk seperti gel.

Soalan seterusnya yang pastinya bermain di fikiran setiap pengusaha tanaman karas adalah bolehkah inokulan ini dibuat sendiri?

Jawapannya…..tunggu sambungan di edisi akan datang. Untuk sementara waktu, link berikut ada manfaatnya. Klik di sini.


Thursday 27 October 2011

Salam sejahtera...

Sudah agak lama saya tidak membuat posting berkenaan projek kerana agak sibuk. Bagaimanapun, dua minggu lalu saya telah berkesempatan menjenguk tapak projek.

Proses pemulihan pokok karas akibat daripada serangan ulat harimau masih berjalan dan agak perlahan. Ada juga kedapatan pokok-pokok yang kelihatannya seperti sudah menemui ajalnya biarpun batangnya masih hijau. Sedih sekali!

Pengajarannya - tidak mudah untuk menanam pokok karas dan mendapatkan hasilnya biarpun ramai yang berkata pokok karas adalah pokok hutan yang mudah hidup. Mudah hidup itu mungkin ... tapi untuk tumbuh membesar hingga cukup besar bagi memungkinkan pokok karas disuntik, itulah yang menjadi masalahnya.

Hakikatnya ... untuk membolehkan pokok karas membesar kepada saiz minima 40cm yang diperlukan dalam tempoh empat tahun untuk membolehkan ia disuntik, memerlukan tumpuan dan penjagaan yang rapi dan sistematik. Memang ada usahawan karas yang bernasib baik mempunyai lokasi yang baik serta tidak menghadapi serangan ulat harimau. Tahniah kepada mereka.

Apapun ... ada juga berita yang menggembirakan dalam industri tanaman karas dan penghasilan gaharu di Malaysia. Iaitu..., perkembangan teknologi inokulan. Semakin banyak inokulan dihasilkan oleh orang perseorangan dan syarikat yang memungkinkan kos inokulasi diminimakan sebaiknya.

Saya serta seorang kawan juga telah membuat ujian inokulasi menggunakan inokulan ciptaan sendiri pada 7 Mei yang lalu. 3 batang pokok karas telah disuntuk menggunakan 3 formula berbeza. ( Klik di sini untuk lihat posting. ) Dua bulan kemudian, beliau telah pergi semula dan menakik pokok-pokok tersebut untuk melihat perkembangannya. Alhamdulilah, sudah kelihatan tanda-tanda penghasilan gaharu pada ketiga-tiga pokok menunjukkan ketiga-tiga formula tersebut telah berjaya. ( Klik di sini untuk lihat posting. )



Nampaknya, berkemungkinan saya akan beralih kepada penghasilan inokulan pula kerana ia lebih mudah serta berpotensi besar memandangkan industri tanaman karas di negara ini semakin berkembang pesat.

Selamat berusaha!

Monday 5 September 2011

Seminggu Selepas Raya...

Salam warahmatullah,

Semalam saya berkesempatan menjenguk sebentar tapak projek. Kelihatannya ulat-ulat sudah tiada hanya kesan-kesan peninggalan serangannya yang kelihatan di sana-sini. Banyak pokok karas sudah kembali berputik daun baharu namun ada juga yang kelihatannya seperti sudah menjenguk alam barzakh.

Di samping itu, titian untuk ke tapak projek BOG telah rosak sama sekali berkemungkinan akibat dilanda air yang kuat. Nak kena ganti le pulak. Hmm....tunggu le dulu. Belum berkesempatan lagi.

Wassalam.

.

Friday 26 August 2011

Thursday 11 August 2011

Atteva Sciodoxa - Teknik Pengawalan

Salam warahmatullah,

Carian saya di internet telah menemukan induk 'ulat harimau' sebagai sejenis kupu-kupu yang dipanggil Tiger Moth. Sila klik di sini untuk gambar.

Carian seterusnya telah juga menemukan kaedah cadangan bagaimana untuk mengatasi masalah ulat ini. Untuk pengetahuan umum, 'ulat harimau' ini juga didapati menyerang tanaman Eurycoma Longifolia atau Tongkat Ali. Hasil kajian oleh pengkaji-pengkaji di Universiti Putra Malaysia mendapati teknik yang berkesan untuk mengatasi masalah 'ulat harimau' ini adalah dengan menggunakan kulat dari spesis Beauveria Bassiana.

Berikut adalah petikan daripada Wikipedia:

"Beauveria bassiana is a fungus that grows naturally in soils throughout the world and acts as a parasite on various arthropod species, causing white muscardine disease; it thus belongs to the entomopathogenic fungi. It is being used as a biological insecticide to control a number of pests such as termites, thrips, whiteflies, aphids and different beetles. Its use in the control of malaria-transmitting mosquitos is under investigation.


When the microscopic spores of the fungus come into contact with the body of an insect host, they germinate, penetrate the cuticle, and grow inside, killing the insect within a matter of days. Afterwards, a white mold emerges from the cadaver and produces new spores. A typical isolate of B. bassiana can attack a broad range of insects; various isolates differ in their host range."

Untuk artikel penuh, sila klik di sini.

Carian seterusnya menemukan beberapa syarikat yang mengedarkan produk berasaskan Beauveria Bassiana yang diformulakan untuk kegunaan pertanian. Antara produk-produk tersebut adalah Bovetropico, Biosuraksha & Bioverti dan produk keluaran AgriGold Fertilizers. Sayangnya, tidak satu daripada syarikat-syarikat tersebut beroperasi di Malaysia. Juga terdapat penjualan secara online daripada Indonesia melalui portal Bibit Unggul Online.

Berikut adalah gambar-gambar kesan Beauveria Bassiana ke atas beberapa jenis serangga perosak.


Wassalam.

.

Sunday 7 August 2011

Atteva Sciodoxa - Ulat Harimau Perosak Pokok Karas

Salam warahmatullah,

Akhirnya tandatanya apakah ulat yang menyerang pokok karas selama ini telah terjawab. Menurut Puan Aminah Saad, pemilik blog GaharuInfo, ulat tersebut adalah Atteva Sciodoxa atau lebih dikenali dengan nama tempatan 'ulat harimau'. Sila lihat link beliau di sini.

Puan Aminah menyarankan penggunaan racun serangga kimia malathion. Namun, saya berpendapat racun ini juga tidak mampu untuk menyekat serangan ulat harimau ini. Ini adalah kerana, sepengetahuan saya, Saudara Zubir sering menyembur pokok-pokok karas beliau dengan racun serangga ini dan kini pokok-pokok karas beliau yang telah berusia sekitar 3 tahun juga diserang oleh ulat harimau ini dengan ganasnya.

Sebagai langkah kedua, beliau menyarankan menggunakan cecair serai wangi. Hmm....mungkin saranan beliau ini boleh dipertimbangkan.

Namun, dari pengamatan saya, keperluan kepada penjagaan yang lebi rapi dan sempurna adalah lebih mendesak bagi menjamin serangan ulat harimau ini dapat diminimumkan. Mungkin lebih banyak 'harimau' perlu ditabur bagi memastikan projek penanaman karas ini mencapai kejayaan yang diharapkan.

Wallahu a'lam. Wassalam.

.

Saturday 30 July 2011

Hujan.....

Salam warahmatullah,

Hajat hari ini untuk menyulam anak pokok tidak kesampaian dek kerana hujan lebat sepanjang pagi
di Hulu Langat. En Malek yang begitu bersemangat, beliau tiba kira-kira jam 8:20 pagi, pun tidak berupaya untuk berbuat apa-apa. Segala perancangan untuk pagi tadi terpaksa dibatalkan.

Pun begitu, sempat jugalah kami meninjau keadaan anak-anak pokok. Kelihatannya masih banyak yang diserang oleh ulat. Tinjauan En Malek ke tapak projek Saudara Zubir juga mendapati banyak daripada pokok-pokok karas beliau yang sudah berusia sekitar 3 tahun juga diserang oleh ulat yang sama.

Nampaknya, satu analisis terperinci perlu dibuat untuk mengenali ulat tersebut dengan lebih mendalam di samping mencari solusi yang berkekalan. Ini kerana pokok-pokok karas di projek Saudara Zubir yang sentiasa disembur dengan racum kimia pun masih diserang oleh ulat tersebut.

Menurut En Malek, ada juga beberapa batang pokok karas di tapak projek beliau di Tangkak yang diserang oleh ulat yang sama. Observasi beliau mendapati tiada beburung yang mahu memakan ulat-ulat tersebut. Mungkin kerana ulat-ulat tersebut beracun. Wallahu a'lam.

Dari observasi, racun organik yang digunapakai di projek FM serta BOG hanya berkesan sekitar 2 minggu sahaja sebelum ulat tersebut menyerang semula. Bermakna, pokok-pokok karas perlulah disembur dengan racun organik setiap 2 minggu. Dan, ini merupakan satu keperluan dan aktiviti yang tentunya menjerihkan memandangkan hanya seorang sahaja yang mengendalikan keseluruhan projek. Apalagi di bulan Ramadhan yang bakal berkunjung.

Saya ada bertanyakan perihal ulat-ulat tersebut dengan Abang Nasri. Namun, menurut beliau tidak ada pula pokok-pokok karasnya yang diserang oleh ulat sedemikian. Sebaliknya, pokok-pokok karas beliau diserang oleh belalang.

Hmmm...apalah agaknya yang perlu dilakukan lagi. Sekiranya perhatian tidak diberikan, tentunya agak banyak juga kerugian yang perlu ditanggung sepanjang satu tahun projek berjalan. Fikir-fikirkanlah....


Wassalam.

.

Friday 29 July 2011

Marhaban Ya Ramadhan Kareem


Salam warahmatullah,

Ramadhan menjelang tiba, bersama watikah gembira, membawa cahaya keampunan beserta rahmat keimanan. Semoga Allah sinarkan hati-hati kita dengan ihsan-Nya dan renjiskan keikhlasan dalam ibadah kita dan keluarkan kita dari Ramadhan-Nya seumpama bulan yang bergemerlapan. Amin ya rabbal alamin.

Ampun dan maaf atas apa jua keterlanjuran dan kekhilafan.

Wassalam.

.

Wednesday 20 July 2011

Info-Info Penting Untuk Dikongsikan

Salam warahmatullah,

Saya baru terjumpa link-link berikut yang saya kira amat berfaedah untuk pengetahuan.

Link 1 - Ia menceritakan langkah demi langkah bagaimana untuk menyemai biji benih karas. Sila klik di sini.

Link 2 - Kaedah penyulingan minyak gaharu langkah demi langkah. Sila klik di sini.

Link 3 - Pelesenan dan kawalan gaharu. Sila klik di sini.

Wassalam.

.

Kemaskini - Serangan Ulat Pokok Karas

Salam warahmatullah,

Hari Ahad yang lalu, saya telah melawat tapak projek dan mendapati serangan ulat pokok karas telah berkurangan dengan banyaknya. Hanya ada 2 pokok yang masih diserang ulat. Maknanya, semburan racun serangga organik berjaya mencapai maksudnya.

Hasil dari observasi, saya rasa berkemungkinan ulat-ulat tersebut berpunca dari pokok-pokok pisang yang berada di sekitar tapak projek. Kenapa saya katakan begitu? Sebabnya, beberapa batang pokok yang ditanam oleh Landlord di bahagian hadapan tanah beliau tidak diserang walau sedikit pun kerana di bahagian tersebut tidak terdapat pokok pisang. Jika diteliti, ulat-ulat tersebut memang menyerupai ulat-ulat yang biasa ditemui di dalam daun pisang yang bergulung.

Apapun, yang lebih mengujakan adalah pucuk-pucuk baru yang sedang bertunas. Nampaknya, bagi pokok-pokok yang sudah besar sekitar 7-8 kaki tinggi, serangan ulat tersebut menjadikan pokok-pokok tersebut berlumba-lumba untuk mengeluarkan pucuk-pucuk baru. Alhamdulillah.

Wassalam.

.

Tuesday 5 July 2011

Ulat Pokok Karas

Salam warahmatullah,

Hari Ahad yang lalu, saya telah melakukan kerja-kerja menyembur racun organik bagi mengatasi masalah serangan ulat pokok karas. Ingin diingatkan di sini bahawa semburan racun kimia adalah tidak digalakkan.

Berikut adalah gambar-gambar ulat tersebut untuk rujukan.







Melalui observasi, ulat-ulat ini galak memakan daun pokok karas di waktu pagi. Dari itu, semburan di waktu pagi adalah digalakkan bagi menghentikan ulat-ulat tersebut dari memakan daun-daun pokok karas.

Hari Ahad lalu juga merupakan hari yang istimewa kerana Landlord telah sudi 'mencemar duli' melawat tapak projek dan melihat sendiri keadaan pokok-pokok yang diserang ulat.

Landlord sedang asyik melihat sebatang pokok karas yang diserang ulat.
Pada kebiasaannya, pokok karas yang diserang ulat-ulat ini akan habis keseluruhan daun-daunnya dimakan oleh ulat-ulat tersebut. Hanya tinggal batang dan ranting sahaja. Bagaimanapun, pada kebiasaannya juga daun-daun pokok karas ini akan tumbuh semula. Namun, terdapat juga kes di mana pokok yang diserang akan terus mati. Mungkin sebab pokok tersebut masih kecil. Agaknya...

Wallahuaklam.

Wassalam.

.

Monday 4 July 2011

Sejarah Telah Tercipta....

Salam warahmatullah,

Hari Sabtu lepas, Tuan Bakery telah pergi melihat pokok-pokok yang telah disuntik menggunakan inokulan ciptaan kami sendiri. ( Sila rujuk - http://lamankaras.blogspot.com/2011/05/hari-ini-dalam-sejarah.html )

Alhamdulillah, hasilnya amat memberangsangkan. Setelah 2 bulan disuntik, ketiga-tiga pokok telah menampakkan tanda-tanda penghasilan gaharu.

Sila lihat gambar-gambar yang disertakan. ( Maaf gambar kurang cantik kerana diambil menggunakan telefon-bimbit. )

Pokok ini disuntik dengan inokulan Y, teras gaharu berwarna coklat-kehitaman dan berbau harum.

Pokok ini disuntik dengan inokulan B, teras gaharu berwarna coklat-kehitaman dan berbau harum.

Pokok ini disuntik dengan inokulan NZ, teras gaharu berwarna coklat dan berbau harum.
Insyallah, ujikaji lanjutan akan dijalankan bagi memperbaiki mutu inokulan yang dihasilkan.

Wassalam.

.

Tuesday 28 June 2011

Kemaskini Minggu 26062011

Salam warahmatullah,

Setelah 4 minggu tidak menjenguk tapak projek kerana pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya hari Ahad lalu saya telah berpeluang untuk menjengah. Sedih melihat banyak pokok-pokok karas diserang oleh ulat sehingga kering kesemua daunnya, tinggal dahan aje. Terutama sekali di Projek FM.   Nampaknya nak kenalah buat semula formula semburan racun organik. Kali ini kena tambah 'neem oil' untuk kasi lagi 'punch'.











Manakala di Projek BOG, serangan ulat tidaklah teruk sangat. Pun begitu, nak kena bagi perhatian serius jugaklah sebab ia boleh menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Di samping itu, kebanyakan pokok-pokok yang ditanam di lapangan dan terdedah terus kepada cahaya matahari, nampaknya seakan terencat dan lambat kadar pertumbuhannya berbanding dengan pokok-pokok yang mendapat lindungan samada di waktu pagi atau petang.









Apapun, dapatlah juga pada kesempatan yang sedikit ini, pokok-pokok di Projek BOG diberikan baja. Manakala, sebahagian sahaja daripada pokok-pokok di Projek FM yang dapat dibersihkan.

Nampaknya minat peserta projek pun dah semakin sejuk ...membeku. Yang ada cuma kelibat En Malik yang hadir sekitar jam 11 pagi. Itupun, cuma sesekali kerana beliau sekarang sibuk dengan projek karas beliau sendiri di Tangkak.

Hmm...nampaknya lambat lagilah nak tengok pokok-pokok karas cukup besar dan matang.. Sebab, tak ada orang yang nak berborak dengan pokok-pokok tu. Kata seorang sahabat Abang Nasri, kalau nak pokok karas cepat besar, kenalah selalu berborak dengannya. Samalah tu macam petua orang-orang tua dulu. Kalau pokok buah tak mahu berbuah, kenalah dipujuk. Kalau dah dipujuk tak mahu jugak berbuah, hah! paranglah jawabnya. Pokok karas macam tu jugak ke? Nak kena siapkan parang nampaknya ni....

.