...

LAZADA

Lazada Malaysia

Monday 23 March 2015

Inokulasi Kedua

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah pagi ini saya telah berkesempatan untuk ke tapak projek sekali lagi. Dan..yang bestnya En Malik pun turut serta.

Dengan kesempatan tersebut, saya telah dapat melakukan inokulasi kedua ke atas 3 batang pokok karas. 2 batang kepunyaan anak-anak saya dan sebatang kepunyaan Landlord.

Seperti yang pernah saya ungkapkan, insya-Allah proses inokulasi akan terus dilakukan ke atas setiap pokok karas hingga mencapai 4 kali dan akan dilakukan dengan jarak masa sekitar 3 bulan. Tujuannya adalah untuk memastikan gubal gaharu yang terhasil nanti betul-betul baik mutunya serta banyak kuantitinya. Insya-Allah...

Pokok karas kepunyaan Izzat telah diinokulasi bagi kali ke-2.

Pokok karas kepunyaan Ahmad juga diinokulasi bagi kali ke-2.

Pokok karas Landlord juga diinokulasi bagi kali ke-2.
Vaksin yang digunkan bagi inokulasi ke-2 ini adalah Bio-Vaksin GGM.

Kebetulan sewaktu kunjungan tersebut, pokok durian Landlord sedang berbunga dengan lebatnya. Maka, saya pun mengumpulkan sedikit bunga durian untuk dibawa balik. Tiba di rumah, saya langsung memproses bunga durian tersebut untuk dijadikan hormon. Mudah-mudahan apabila siap nanti, hormon bunga durian tersebut dapat dimanfaatkan untuk membantu bunga durian supaya lebih banyak yang melekat dan menjadi buah lantas mempertingkatkan hasil durian.

Hormon bunga durian yang baru diproses. Insya-Allah akan siap untuk digunakan dalam jangkamasa 2 minggu.
Sekian, wassalam.




Wednesday 18 March 2015

Lagi Kejayaan Inokulasi Gaharu di Langat

Salam warahmatullah,

Pagi tadi saya telah ke tapak projek untuk melihat status inokulasi yang telah dilakukan 3 bulan yang lalu. Dalam posting sebelum ini, saya telah memaparkan gambar-gambar gubal gaharu hasil inokulasi ke atas pokok-pokok karas yang menggunakan Bio-Vaksin GMM.

Hari ini saya ingin berkongsi gambar-gambar gubal gaharu hasil inokulasi menggunakan vaksin oleh Tuan Bakery serta vaksin dari Thailand pemberian Abang Mat Siam pula.
 
 
 
 
 
Gambar-gambar gubal gaharu hasil inokulasi menggunakan vaksin Tuan Bakery.


Inokulasi menggunakan vaksin dari Thailand pemberian Abang Mat Siam. Kelihatan cendawan pada kulit pokok di kawasan inokulasi. Gambar bawah menunjukkan gubal gaharu yang terhasil setelah kulit pokok dibuang.

Berikut pula adalah gambar-gambar hasil inokulasi ke atas pokok karas Landlord menggunakan Bio-Vaksin GMM.

 
 
Inokulasi pokok karas Landlord menggunakan Bio-Vaksin GMM.

Selain dari melihat hasil inokulasi, saya juga telah berkesempatan menanam serumpum anak buluh madu yang saya dapatkan daripada En Malik sewaktu saya berkunjung ke Tangkak 2 minggu lalu.

Selain itu saya juga telah menanam 2 batang anak pisang jari buaya. Pisang jari buaya ini amat disukai di tempat kelahiran saya. Tiada siapa di kampung saya akan menolak jika diberikan pisang ini. Menurut kata orang lama, pisang jari buaya ini merupakan antara pisang yang boleh dimakan oleh orang perempuan di dalam pantang. Bukan sahaja ia sedap dimakan segar, tetapi juga amat sedap dibuat gulai lemak. Lebih sedap berbanding pisang lemak manis. Apalagi jika buahnya yang muda dimasak lemak dengan ikan baung. Fuh!!!

Biarpun pisang ini amat sedap tetapi ia juga amat jarang ditanam orang. Di kampung saya, hanya tinggal beberapa rumpun pisang ini yang masih hidup. Kerana itulah maka saya telah mengambil 2 batang anak pisang ini dan membawanya ke Langat untuk dibiakkan.

Malang sekali pisang ini kulitnya tidak cantik seperti pisang Comel. Jikalau tidak, pasti ia boleh dijadikan komoditi ekspot yang amat berharga.

  Gambar dari Google.

Sekian, wassalam.






Saturday 7 March 2015

Kejayaan Inokulasi di Tangkak

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah siang tadi saya telah selamat pergi dan selamat kembali dari Tangkak melawat kebun karas milik En Malik. Antara agenda lawatan adalah untuk melihat hasil inokulasi pokok karas yang telah dilakukan kira-kira 3 bulan dahulu.

Alhamdulillah sekali lagi...hasilnya amatlah memberangsangkan. Tiap-tiap suntikan inokulasi menunjukkan tanda positif terdapatnya penghasilan gubal gaharu sepertimana yang dapat dilihat daripada gambar-gambar di bawah.






Selanjutnya, saya telah juga melakukan inokulasi kedua ke atas kedua-dua pokok karas tersebut diikuti dengan inokulasi baharu ke atas 2 batang pokok karas yang lain ihsan daripada En Malik. Untuk tujuan tersebut, saya telah membawa bersama saya 12 botol bio-vaksin.

  
2 batang pokok karas yang baru diinokulasi. Alhamdulillah...terima kasih En Malik.

 
12 botol bio-vaksin yang dibawa bersama.

  
2 batang pokok karas yang diinokulasi bagi kali kedua.

Sesungguhnya terdapatnya tanda-tanda penghasilan gubal gaharu amatlah menggembirakan saya begitu juga En Malik. Ini adalah kerana ia membuktikan bahawa usaha menghasilkan sendiri formula bio-vaksin kami telah berjaya. Sekarang kami hanya perlu menunggu untuk melihat sejauh mana bio-vaksin ini bergerak di dalam batang pokok karas dan sebanyak mana gubal gaharu yang dapat dihasilkan dalam tempoh 2 tahun, begitu juga mutu gubal gaharu yang terhasil.

Mudah-mudahan dengan izin Allah, hasilnya akan amat membanggakan. Amin.

Bagaimanapun, bagi memastikan penghasilan gubal gaharu yang maksima, usaha inokulasi akan diteruskan ke atas tiap-tiap pokok setiap 3 bulan sekali hingga genap 4 kali inokulasi. Insya-Allah.

Wassalam.



Monday 2 March 2015

Hasil Inokulasi....Selepas 3 Bulan

Salam warahmatullah,

Semalam, Ahad 1hb Mac 2015, saya telah berada di tapak projek untuk melihat perkembangan hasil suntikan vaksin gaharu yang dilakukan 3 bulan yang lalu.

Alhamdulillah, hasilnya amat menggalakkan. Daripada beberapa batang pokok karas yang diperiksa menunjukkan perkembangan yang amat membanggakan. Mudah-mudahan perkembangan yang berlaku akan berterusan hingga menghasilkan gubal gaharu dengan mutu serta kuantiti yang amat tinggi.





Usaha seterusnya adalah untuk memastikan penghasilan gubal gaharu tersebut berterusan; jika boleh hingga meliputi keseluruhan pokok karas. Hehehe...mungkin terlalu tinggi harapan itu, tapi tak salah untuk kita menaruh harapan yang tinggi. Betul tak!? Mudah-mudahan juga saya akan berjaya menghasilkan gubal gaharu 'sinkwater'.

Berdasarkan prestasi gubal gaharu sekarang ini, bagaimanakah hasilnya dalam tempoh 2 tahun, 4 tahun atau 8 tahun dari sekarang! Insya-Allah...mudah-mudahan Allah akan merahmati segala usaha yang telah dan sedang dilakukan. Amin!!!

Opps!!! Untuk pengetahuan dan rekod, vaksin yang digunakan adalah hasil ciptaan saya sendiri. Alhamdulillah...

Wassalam.