...

LAZADA

Lazada Malaysia

Monday 2 January 2017

Keberkesanan KERIMO Di Taman Persekutuan Bukit Kiara

Salamwarahmatullah,

Telah 3 minggu ujian penggunaan KERIMO dilakukan di Taman Persekutuan Bukit Kiara. Dan hasilnya adalah positif!

Taman Persekutuan Bukit Kiara terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah taman rekreasi keluarga yang popular dengan warga emas dan golongan muda dari segenap lapisan masyarakat serta pelbagai kaum melakukan pelbagai aktiviti bercorak senaman seperti jogging, Qigong dan senamrobik. Ia juga popular sebagai tempat berkelah untuk seisi keluarga di hari cuti.

Pun begitu, adanya beberapa kumpulan monyet sering menyebabkan sampah-sampah makanan bertaburan di merata-rata tempat akibat tong-tong sampah yang disediakan diselongkar.

Kini, dengan penggunaan KERIMO yang disemburkan ke atas tong-tong sampah, kumpulan monyet tidak lagi menyelongkar dan menyebabkan sampah-sampah makanan berteraburan di merata-rata tempat. Alhamdulillah!

Makanya...jika anda mempunyai masalah binatang perosak, cubalah KERIMO. Sila klik di sini untuk mendapatkannya!


Wassalam.



Hi!

It's been 3 weeks since KERIMO is tested at Taman Persekutuan Bukit Kiara. And the result is positive!

Taman Persekutuan Bukit Kiara is located at Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. It is a famous family recreational park popular with senior citizens and younger generations from all walk of life and races doing exercises such as jogging, Qigong and aerobics. It is also a popular picnic area for the whole family.

However, the presence of several groups of monkeys resulted in garbages being scattered all over the place as they ransacked the garbage bins.

Now, with the use of KERIMO which is sprayed onto the garbage bins, it is clean and tidy again. No more litters...alhamdulillah!

So...if you have problem with vermins, try KERIMO. Click here to buy.

Good day!



Monday 8 August 2016

KERIMO - Cecair Bauan Kencing Harimau

Anda Mengalami Masalah Gangguan Binatang Perosak Seperti Kera, Babi Hutan, Tikus dan Kelawar?



Cubalah KERIMO - singkatan daripada kencing rimo menurut loghat tempatan di Kuala Kangsar. Ia adalah sejenis produk bauan seakan-akan bau kencing harimau. Bau sedikit hamis ini akan menyebabkan binatang liar lainnya melarikan diri daripada kawasan di mana produk ini disemburkan.

Produk ini telah diuji sepenuhnya sebelum dipasarkan. Dan, ternyata ianya amat berkesan.

Satu botol KERIMO bersaiz 500ml boleh dibancuh ke dalam 10 liter air tanpa klorin. Langkah selanjut adalah menyembur bancuhan ini di kawasan di mana terdapatnya binatang perosak melakukan kerosakan ke atas tanaman anda. Ia juga boleh dibancuh pada nisbah 1/2 penutup botol KERIMO dengan 500 ml air tanpa klorin.

KERIMO bukanlah racun oleh itu ia selamat digunakan di kawasan tanaman sayuran dan tidak menyebabkan kematian. Ia akan hanya menyebabkan binatang perosak lari dari kawasan tanaman anda kerana menyangka adanya harimau di situ.

Bagaimanapun, teknik semburan tidak efektif untuk kawasan yang luas kerana berkemungkinan semburan itu akan hilang kerana hujan.

Oleh itu, kaedah gantung adalah disyorkan. 



Melalui kaedah ini, sehelai kain disembur dengan bancuhan KERIMO kemudian digantung di dalam botol yang telah dibuang bahagian bawahnya. Menggunakan kaedah ini, semburan KERIMO boleh bertahan sehingga 2 minggu sebelum perlu disembur semula.

Jika anda berhajat kepada produk ini, sila klik di sini.



Are Your Crops Being Destroyed By Vermins Such As Monkeys, Wild Boars, Rats And Bats?



Try KERIMO -  a product that imitate the smell of tiger's urine. The smell will make vermins run away from the place where this product is sprayed.

The product has been thoroughly tested before being marketed and is very effective.

A 500ml bottle of KERIMO can be diluted with 10 liters of non-chlorinated water while a half-capped KERIMO can be mix with 500ml of non-chlorinated water. Simply spray this solution around your crops area and there will be vermins no more.

KERIMO is not a poison thus it is save to be used onto your vegetables. It also would not kill any type of animals.

For a large crop area, spray technique is not recommended as it may be washed away by rain. Thus, the hanging technique is recommended.


A cloth is sprayed with the KERIMO solution and than hang inside an open-bottom plastic bottle. This contraption is then hang onto a stick. Using this technique, the KERIMO solution is good for 2 weeks before need to be sprayed again.

Hurry! Get this amazing product via this link.
  

Wednesday 27 July 2016

Pertemuan Bersejarah Dengan Tuan Haji Ismail Kassan


Salamwarahmatullah,

26 Jul 2016. Jam 10.00 pagi. Saya dan En Malek telah berkunjung ke pejabat Redclaws Aqua & Herbs Enterprise yang bertempat di Kg Melayu Sg Buloh, Selangor.

Kunjungan kami adalah sebagai memenuhi jemputan Tuan Haji Ismail Kassan seminggu sebelumnya. Pertemuan ini telah diatur oleh Tuan Haji Ismail Kassan sejajar dengan kunjungan beberapa orang professor daripada Universiti Malaysia Pahang dan dijadikan sebagai platform untuk menjawab beberapa persoalan yang telah diutarakan oleh En Malek juga oleh pelawat-pelawat dari UMP itu. Turut serta adalah En Zabidi yang kini menetap di Doha, Qatar.

Sebaik sahaja sesi perkenalan, Tuan Haji Ismail Kassan terus sahaja membincangkan persoalan berkaitan spesis pokok karas, persediaan penanaman, keadah penanaman, pembajaan, selenggaraan pokok karas serta penghasilan gaharu dan produk berasaskan pokok karas.

Jelas sekali ilmu dan pengalaman Tuan Haji Ismail Kassan amat luas. R&D yang telah beliau jalankan semenjak dari mulai menanam pokok karas pada 2006 hingga sekarang jelas sekali amat mematangkan beliau dalam industri gaharu ini. Menurut beliau, beliau kini mempunyai sebanyak 84 formula inokulan yang telah berjaya diuji dan menghasilkan gaharu. Di samping itu, pemikiran kritis beliau membolehkan syarikat beliau menerajui penghasilan beberapa produk hiliran berasaskan pokok karas. Bagi produk teh gaharu sahaja, beliau telah menghasilkan 4 gred teh gaharu termasuk gred tertinggi yang menurut beliau boleh dipasarkan pada harga sekitar RM15,000 sekilo. Syabas Tuan Haji!

Perkongsian ilmu oleh Tuan Haji Ismail Kassan yang berakhir sekitar jam 1.30 petang, menurut beliau hanya mencakupi sekitar 50% sahaja daripada ilmu gaharu yang beliau miliki. Itupun sudah terlalu banyak bagi kami yang hadir.

Sebagai kenang-kenangan, beliau telah menghadiahkan kepada kami yang hadir biji benih A. Hirta serta sebuku sabun gaharu. Sebelum mengundurkan diri, kami telah dijamu dengan jamuan makan tengahari oleh Tuan Haji Ismail Kassan di Warung Kita.

Harapan saya semoga dapat bertemu beliau lagi di masa hadapan. Dan, saya doakan juga semoga Allah terus merahmati Tuan Haji Ismail Kassan dengan idea-idea yang kritis serta bernas dan memudahkan usaha Tuan Haji Ismail Kassan untuk memartabatkan industri gaharu di Malaysia ini. Amin!!!

Wassalam.



With Allah Blessing,

26 Jul 2016. 10.00am. I and En Malek visited the office of Redclaws Aqua & Herbs Enterprise located at Kg Melayu Sg Buloh, Selangor.

Our visit was to fulfilled the invitation extended by Tuan Haji Ismail Kassan a week earlier. This visit was organized by Tuan Haji Ismail Kassan parallel with the visit of some professor from Universiti Malaysia Pahang and serve as a platform to answer some questions that have been raised by En. Malek also by visitors from the UMP. Also participating were En. Zabidi who now lives in Doha, Qatar.

Immediately after introductory session, Tuan Haji Ismail Kassan discussed on the species of Aquilaria trees, the planting preparation, planting methods, plants maintenance and the production of agarwood and downstream products based on agarwood.

Obviously the knowledge and experiences of Tuan Haji Ismail Kassan is very extensive. The R&D that he has done since he started planting Aquilaria trees in 2006 until now, has made him very mature in the agarwood industry. According to him, he now has 84 inoculant formulas which has been successfully tested to produce agarwood. Through his critical thinking, he has managed to spearhead his company into the production of several agarwood-based downstream products. In the production of agarwood tea alone, he has managed to come out with 4 grade of tea including the highest quality of all which according to him can be sell at the price of RM15000 per kg. Bravo Tuan Haji!

The discussion was ended at 1.30pm, which according to Tuan Haji Ismail Kassan only covers about 50% of his knowledge in agarwood. Even so, it is already very much for us.

As a memento, we were presented with A. Hirta seeds as well as a loaf of agarwood soap. Before rsigning, we were treated to lunch by Tuan Haji Ismail Kassan at Warung Kita.

My hopes is for us to be able to meet him again. I thus prayed that Allah will continue his blessing for Tuan Haji Ismail Kassan with critical and thoughtful ideas and assist him in his efforts to uplift the standard of agarwood industry in Malaysia. Amin!!!

Wassalam.