...

LAZADA

Lazada Malaysia

Monday 8 August 2016

KERIMO - Cecair Bauan Kencing Harimau

Anda Mengalami Masalah Gangguan Binatang Perosak Seperti Kera, Babi Hutan, Tikus dan Kelawar?



Cubalah KERIMO - singkatan daripada kencing rimo menurut loghat tempatan di Kuala Kangsar. Ia adalah sejenis produk bauan seakan-akan bau kencing harimau. Bau sedikit hamis ini akan menyebabkan binatang liar lainnya melarikan diri daripada kawasan di mana produk ini disemburkan.

Produk ini telah diuji sepenuhnya sebelum dipasarkan. Dan, ternyata ianya amat berkesan.

Satu botol KERIMO bersaiz 500ml boleh dibancuh ke dalam 10 liter air tanpa klorin. Langkah selanjut adalah menyembur bancuhan ini di kawasan di mana terdapatnya binatang perosak melakukan kerosakan ke atas tanaman anda. Ia juga boleh dibancuh pada nisbah 1/2 penutup botol KERIMO dengan 500 ml air tanpa klorin.

KERIMO bukanlah racun oleh itu ia selamat digunakan di kawasan tanaman sayuran dan tidak menyebabkan kematian. Ia akan hanya menyebabkan binatang perosak lari dari kawasan tanaman anda kerana menyangka adanya harimau di situ.

Bagaimanapun, teknik semburan tidak efektif untuk kawasan yang luas kerana berkemungkinan semburan itu akan hilang kerana hujan.

Oleh itu, kaedah gantung adalah disyorkan. 



Melalui kaedah ini, sehelai kain disembur dengan bancuhan KERIMO kemudian digantung di dalam botol yang telah dibuang bahagian bawahnya. Menggunakan kaedah ini, semburan KERIMO boleh bertahan sehingga 2 minggu sebelum perlu disembur semula.

Jika anda berhajat kepada produk ini, sila klik di sini.



Are Your Crops Being Destroyed By Vermins Such As Monkeys, Wild Boars, Rats And Bats?



Try KERIMO -  a product that imitate the smell of tiger's urine. The smell will make vermins run away from the place where this product is sprayed.

The product has been thoroughly tested before being marketed and is very effective.

A 500ml bottle of KERIMO can be diluted with 10 liters of non-chlorinated water while a half-capped KERIMO can be mix with 500ml of non-chlorinated water. Simply spray this solution around your crops area and there will be vermins no more.

KERIMO is not a poison thus it is save to be used onto your vegetables. It also would not kill any type of animals.

For a large crop area, spray technique is not recommended as it may be washed away by rain. Thus, the hanging technique is recommended.


A cloth is sprayed with the KERIMO solution and than hang inside an open-bottom plastic bottle. This contraption is then hang onto a stick. Using this technique, the KERIMO solution is good for 2 weeks before need to be sprayed again.

Hurry! Get this amazing product via this link.
  

Wednesday 27 July 2016

Pertemuan Bersejarah Dengan Tuan Haji Ismail Kassan


Salamwarahmatullah,

26 Jul 2016. Jam 10.00 pagi. Saya dan En Malek telah berkunjung ke pejabat Redclaws Aqua & Herbs Enterprise yang bertempat di Kg Melayu Sg Buloh, Selangor.

Kunjungan kami adalah sebagai memenuhi jemputan Tuan Haji Ismail Kassan seminggu sebelumnya. Pertemuan ini telah diatur oleh Tuan Haji Ismail Kassan sejajar dengan kunjungan beberapa orang professor daripada Universiti Malaysia Pahang dan dijadikan sebagai platform untuk menjawab beberapa persoalan yang telah diutarakan oleh En Malek juga oleh pelawat-pelawat dari UMP itu. Turut serta adalah En Zabidi yang kini menetap di Doha, Qatar.

Sebaik sahaja sesi perkenalan, Tuan Haji Ismail Kassan terus sahaja membincangkan persoalan berkaitan spesis pokok karas, persediaan penanaman, keadah penanaman, pembajaan, selenggaraan pokok karas serta penghasilan gaharu dan produk berasaskan pokok karas.

Jelas sekali ilmu dan pengalaman Tuan Haji Ismail Kassan amat luas. R&D yang telah beliau jalankan semenjak dari mulai menanam pokok karas pada 2006 hingga sekarang jelas sekali amat mematangkan beliau dalam industri gaharu ini. Menurut beliau, beliau kini mempunyai sebanyak 84 formula inokulan yang telah berjaya diuji dan menghasilkan gaharu. Di samping itu, pemikiran kritis beliau membolehkan syarikat beliau menerajui penghasilan beberapa produk hiliran berasaskan pokok karas. Bagi produk teh gaharu sahaja, beliau telah menghasilkan 4 gred teh gaharu termasuk gred tertinggi yang menurut beliau boleh dipasarkan pada harga sekitar RM15,000 sekilo. Syabas Tuan Haji!

Perkongsian ilmu oleh Tuan Haji Ismail Kassan yang berakhir sekitar jam 1.30 petang, menurut beliau hanya mencakupi sekitar 50% sahaja daripada ilmu gaharu yang beliau miliki. Itupun sudah terlalu banyak bagi kami yang hadir.

Sebagai kenang-kenangan, beliau telah menghadiahkan kepada kami yang hadir biji benih A. Hirta serta sebuku sabun gaharu. Sebelum mengundurkan diri, kami telah dijamu dengan jamuan makan tengahari oleh Tuan Haji Ismail Kassan di Warung Kita.

Harapan saya semoga dapat bertemu beliau lagi di masa hadapan. Dan, saya doakan juga semoga Allah terus merahmati Tuan Haji Ismail Kassan dengan idea-idea yang kritis serta bernas dan memudahkan usaha Tuan Haji Ismail Kassan untuk memartabatkan industri gaharu di Malaysia ini. Amin!!!

Wassalam.



With Allah Blessing,

26 Jul 2016. 10.00am. I and En Malek visited the office of Redclaws Aqua & Herbs Enterprise located at Kg Melayu Sg Buloh, Selangor.

Our visit was to fulfilled the invitation extended by Tuan Haji Ismail Kassan a week earlier. This visit was organized by Tuan Haji Ismail Kassan parallel with the visit of some professor from Universiti Malaysia Pahang and serve as a platform to answer some questions that have been raised by En. Malek also by visitors from the UMP. Also participating were En. Zabidi who now lives in Doha, Qatar.

Immediately after introductory session, Tuan Haji Ismail Kassan discussed on the species of Aquilaria trees, the planting preparation, planting methods, plants maintenance and the production of agarwood and downstream products based on agarwood.

Obviously the knowledge and experiences of Tuan Haji Ismail Kassan is very extensive. The R&D that he has done since he started planting Aquilaria trees in 2006 until now, has made him very mature in the agarwood industry. According to him, he now has 84 inoculant formulas which has been successfully tested to produce agarwood. Through his critical thinking, he has managed to spearhead his company into the production of several agarwood-based downstream products. In the production of agarwood tea alone, he has managed to come out with 4 grade of tea including the highest quality of all which according to him can be sell at the price of RM15000 per kg. Bravo Tuan Haji!

The discussion was ended at 1.30pm, which according to Tuan Haji Ismail Kassan only covers about 50% of his knowledge in agarwood. Even so, it is already very much for us.

As a memento, we were presented with A. Hirta seeds as well as a loaf of agarwood soap. Before rsigning, we were treated to lunch by Tuan Haji Ismail Kassan at Warung Kita.

My hopes is for us to be able to meet him again. I thus prayed that Allah will continue his blessing for Tuan Haji Ismail Kassan with critical and thoughtful ideas and assist him in his efforts to uplift the standard of agarwood industry in Malaysia. Amin!!!

Wassalam.



Saturday 23 July 2016

Solusi Aktif...Adakah Ia Juga Inokulan Gaharu?

Salamwarahmatullah,

Baru-baru ini saya ada mendapat pertanyaan yang bertanyakan adakah solusi aktif itu juga merupakan inokulan gaharu?

Mengikut pengkajian saya, kebanyakan inokulan gaharu organik yang berada di pasaran adalah berasaskan EM - Effective Microorganisms atau Effective Microbes. Kenapa begitu? Sebabnya mikrob adalah diperlukan bagi merangsang pokok karas untuk mengeluarkan resin gaharu.

Sekiranya kita layari kebanyakan portal gaharu Indonesia, kita akan dapati rata-rata mereka akan menyebut tentang Fusarium yang digunakan di dalam inokulan mereka. Apakah Fusarium?

Fusarium adalah sejenis famili kulat. Kulat ini dibiakkan di dalam solusi EM dan kemudiannya disuntik ke dalam pokok karas bagi merangsang pokok karas untuk menghasilkan resin gaharu.

Oleh yang demikian itu, solusi aktif boleh diolah untuk menjadi inokulan. Bagaimanapun, keberkesanannya tidak boleh saya jamin kerana penghasilan resin gaharu oleh pokok karas bergantung kepada banyak faktor luaran yang meliputi teknik suntikan, waktu suntikan, kesuburan pokok, cuaca dan sebagainya.

Sekiranya anda hendak menggunakan kaedah solusi aktif sebagai kaedah asas untuk menghasilkan inokulan gaharu, anda boleh melakukannya ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.


Wassalam.




Good day,

Recently, I received a question whether or not the active solution is also agarwood inoculant?

According to my observation, most of the organic inoculant available on the market are EM - Effective Microorganisms or Effective Microbes based. Why it is so? The reason is that microbes are required to stimulate the agarwood trees into producing the agarwood resin.

Should we surf the Indonesian agarwood portal, we will come across Fusarium in most of their writing abount inoculant. What is Fusarium?

Fusarium is a family of fungi which is being bred in the EM solution and then injected into the agarwood trees to produce agarwood resin.

Therefore, the active solution may be use to produce inoculant. However, its effectiveness is not guaranteed as the production of agarwood can be affected by many external factors such as the injection method, time of injection, the health of the agarwood trees, weather and so on.

Thus, if you intend to use the active solution method as a mean to produce your own inoculant, you may do so AT YOUR OWN RISK.


Wassalam.


Tuesday 22 March 2016

Berjumpa Otai Gaharu - Pak Megat


Salamwarahmatullah,

Semalam, 21hb Mac 2016, saya dan En Malek telah berkesempatan untuk bertemu dengan seorang otai gaharu yang terkenal iaitu Pak Megat. Pertemuan telah berlangsung di showroom beliau di Taman Melawati. Pelbagai produks gaharu dipamerkan dan dijual selain pelbagai bahan contoh hasil usaha R&D beliau.

Satu produks gaharu yang sangat menarik perhatian saya adalah air suling gaharu. Menurut beliau, air suling gaharu amat baik untuk diamalkan. Sebagai contoh, isteri beliau telah mengalami strok sebanyak 3 kali. Selepas mengamalkan air suling gaharu, beliau telah pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan jiran Pak Megat yang juga mengalami strok. Setelah diberikan air suling gaharu, beliau telah pulih sepenuhnya juga. Dalam kes yang lain, adik ipar Pak Megat mengalami masalah tiroid. Beliau juga telah sembuh sepenuhnya selepas mengamalkan air suling gaharu.

Menurut Pak Megat, air suling gaharu juga amat baik untuk pesakit kencing manis dan kanser. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang air suling gaharu atau ingin membelinya, sila hubungi Pak Megat di talian 017-5080272.

Lain-lain produks gaharu yang terdapat di showroom Pak Megat antaranya; teh gaharu, kopi gaharu, sabun gaharu, balsam gaharu dan lain-lain.

Bagaimanapun, Pak Megat hanya berada di showroom beliau pada hujung minggu. Manakala di hari lainnya, beliau berada di Ipoh menguruskan ladang gaharu beliau.

Pak Megat seorang yang peramah dan tidak kedekut ilmu. Banyak perkara berkaitan gaharu telah kami bincangkan dan telah dapat kami pelajari. Dan, beliau adalah seorang yang sistematik dalam pekerjaan beliau. Semua R&D yang beliau lakukan direkodkan dengan teliti sebagai rujukan di masa akan datang.



Malangnya, kami tidak dapat berbincang lama dengan beliau kerana masa tidak mengizinkan. Terima kasih Pak Megat kerana telah menerima kami sebagai tetamu dan terima kasih juga untuk kopi gaharu yang sedap itu. Insya-Allah kita akan bertemu lagi di lain hari.

Oops, barangsiapa yang ingin mendapatkan anak karas dari spesis A. Sinensis juga boleh berkomunikasi dengan Pak Megat.

Wassalam.






Wednesday 6 January 2016

Penyediaan Solusi Aktif

Bahan:

1 liter induk
3 kg larutan gula merah / Melaka
6 liter air bertapis / RO / tanpa klorin

Kaedah:

Masak larutan gula merah / Melaka serta air bertapis / RO / tanpa klorin hingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan.

Masukkan induk dan kacau hingga rata dan sebati.

Masukkan ke dalam tong plastik yang telah disterilkan. Tutup rapat-rapat. Rehatkan selama 2 minggu.

Sedia untuk digunakan.

Nota:

Tempoh hayat sehingga 6 bulan jika disimpan dengan cara yang betul.


Preparation of Active Solution

Ingredients:

1 liter base solution
3 kg molasses
6 liter filtered / RO / non-chlorinated water

Methods:

Heat molasses and filtered / RO / non-chlorinated water until boiling. Remove from heat and let it cool completely.

Add base solution and mix well.

Transfer to sterilized plastic container and capped tightly. Store for 2 weeks.

Active solution is ready to be used.

Notes:

Shelf life is 6 months if properly stored.



Tuesday 5 January 2016

Penyediaan Solusi Induk

Bahan:

Mikrob
2 liter madu asli
2 liter air kelapa muda - ( sebaiknya gunakan kelapa muda yang masih berlendir )
2 liter susu segar
2 liter air bertapis / RO / tanpa klorin
2 kg larutan gula merah / Melaka


Kaedah:

Panaskan air kelapa muda, susu segar, air bertapis / RO / tanpa klorin serta larutan gula merah / Melaka hingga mulai mendidih menggunakan api sederhana. Padamkan api dan sejukkan.

Satukan dengan madu asli serta mikrob di dalam bekas yang telah disterilkan. Kacau hingga rata dan sebati.

Masukkan ke dalam tong plastik yang telah disterilkan. Tutup rapat-rapat. Rehatkan selama 2 minggu.


Sedia untuk dijadikan solusi aktif.

Nota:

Jika tong plastik mengembung, itu tandanya solusi induk telah berjaya disediakan dengan jayanya. Itu juga tanda bahawa mikrob di dalam solusi telah berkembang-biak dengan sihat.

Sebaiknya gunakan tong plastik berwarna gelap untuk penyimpanan. Solusi boleh disimpan sehingga 2 tahun jika disimpan dengan kaedah yang betul.




Preparation of Base Solution

Ingredients:

Microbes
2 litre pure honey
2 litre young coconut water - ( very, very young )
2 litre fresh milk
2 litre filtered / RO / non-chlorinated water
2 kg molasses

Methods:

Heat young coconut water, fresh milk, filtered / RO / non-chlorinated water and molasses using medium heat until just starting to boil. Remove from heat and let it to cool.

Mix throughly with pure honey and microbes in a sterilized container.

Transfer to sterilized plastic container and capped tightly. Store for 2 weeks.


Base solution is ready to be used.

Notes:

Base solution is successfully made when the plastic container becomes fatter due to gases build-up release by the microbes.

It is recommended that dark colored container be used for storage. If properly stored, the solution will be good for up to 2 years.


Monday 4 January 2016

Kisah Hj Wahab & Pokok Karas

Salamwarahmatullah,

Nukilan ini dipetik daripada penceritaan di dalam WhatsApp oleh Ustaz Abdul Rahman;

"[1/3/2016, 11:26 PM]: Assalamualaikum. Lama tak dengar cerita gaharu. Biasa en ismail rajin menulis. Oklah . saya ada satu cerita gaharu. Tajuknya "Gaharu satu mestri." pada awal perkenalan saya dgn hj wahab. Timbul satu pertayaan . bagaimana hj boleh tergerak hati tanam gaharu secara ladang 35 ekar. Sedangkan belum ada org tanam gaharu sebanyak itu dlm th 2000. Beliau org pertama tnm secara ladang peringkat awal. Kebanyakan gaharu ditanam ladang bermula th 2005. Saya cuba tanya secara perseorangan dgn hj perkara ini.

Hj memulakan cerita dgn katanya. Saya dgn org lain tak pernah cerita perkara ini. Katanya pada th 1990 beliau dan 14 org asli termasuk seorg tuk batin tlh masuk ke hutan kuala lipis berhampiran gunung rabung.jika anda ke kelantan melalui kuala lipis anda dapat tengok gunung itu dekat kws merapoh. Tiba di tengah2 gunung itu mereka dapati terdapatnya ladang gaharu. Terlalu suka hati meraka. Mulalah mereka menebang satu persatu. Tapi malangnya tak ada walau sikit gaharu. Kata hj habis tangan mereka jadi pecah2. Tak dapat juga. Akhirnya mereka mengambil keputusan nak pulang. Tapi di takdirkan turun hujan lebat bersama petir. Kata tuk batin ini tandanya tuan ladang ni sueuh kita balik. Kata hj macam mana nak balik. Hujan lebat. Esoklah kita balik. Pd mlmnya mereka tlh bermimpi di datangi putri bunian. Kata putri itu kpd hj. Engkau hj wahab.lepas ni cukuplah cari gaharu. Kamu tanam pulak pokok gaharu. Seterusnya putri menghadiahkan seketul gaharu berbentuk panjang sepanjang kayu gof. Esoknya mereka saling bercerita mengenai kedatangan tuan putri dan hadiah yg di bagi. Tok batin di hadiahkan gaharu berbentuk tanduk kerbau. Ada yg lain berbentuk bulat. Dll. Sesudah itu mereka mengemas barang untuk balik. Tapi sebelum balik mereka nak mencuba nasib buat kali terakhir .nak tebang pokok.kot dapat gaharu. Pokok pertama di tebang hj. Terus nampak terasnya dan bila di larik akhirnya teras yg terhasil sama spt hadiah tuan putri. Begitu juga tuk batin. Teras yg dia dapat sama bentuknya dgn tanduk kerbau. Begitu jugalah org lain.Setelah pulang. Hj jadi keliru sana ada nak ikut atau tidak nasihat putri tu. Beliau cuba ajak us sahak ( guru pertama saya dlm gaharu) untuk sama sama buat ladang gaharu. Tapi ustaz sahak tak mahu. Nanti di kata org gila. Sebab pada masa tu pokok gaharu banyak. Dlm kg pun banyak. Ambil jelah. Bhat apa tanam.

Sepuluh tahun kemudian iaitu th 2000 hj secara sendirian mengambil keputusan tanam gaharu di kg dusun. Kecau . kuala lipis. Itulah cerita yg di ceritakan hj kpd saya."

Wassalam.