Salam warahmatullah,
Hari Rabu lalu, En Malek ke Paya Jaras, Sungai Buloh dan berjaya mendapatkan lebihkurang 130 anak pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis. Kemudian, beliau pass-on 15 batang anak pokok kepada saya. Tinggallah 115 batang anak pokok dengan beliau. Jika dicampur dengan jumlah pokok yang telah ditanam dan yang belum ditanam di kampung beliau di Payamas, Tangkak menjadikan jumlah keseluruhan pokok karas yang beliau miliki sebanayak 1000 pokok.
Wau! Banyak tu... Diam-diam, dalam pada tak ada modal, dah 1000 pokok dah!
Yang 15 pokok tu...cadangnya nak tanam kat tapak FM. Tapi, nak kena kaveatlah. Yalah...dah keluar fulus sendiri. 5 pokok yang tanam minggu dulu pun nak kena kaveatlah jugak. Hmm...kira ok jugak ya. Ada le 20 batang pokok hakmilik persendirian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment