...

LAZADA

Lazada Malaysia

Wednesday 12 November 2014

Inokulasi Pokok Karas Ihsan Dari En Malek

Salam warahmatullah,

Pagi tadi, saya telah pergi ke Tangkak untuk melawat kebun karas En Malek. Selain daripada untuk melihat kemajuan tanaman karas En Malek, tujuan utamanya adalah untuk menginokulasi 2 batang pokok karas pemberian ihsan daripada En Malek.

Turut bersama saya adalah 2 orang anak lelaki saya. Setiba di Tangkak, kami terus sahaja ke kebun En Malek. Menurut beliau, terdapat kira-kira 4000 pokok karas telah ditanam di situ.

Kami terus sahaja mempersiapkan peralatan untuk inokulasi dan seterusnya menuju ke lokasi pokok karas. 1 batang pokok karas dari spesis Crassna/Sub-integra dan 1 batang pokok karas dari spesis Malaccensis telah diinokulasikan menggunakan vaksin olahan saya sendiri.Kedua-dua batang pokok karas tersebut telah ditandakan dengan semburan cat kuning.

Pokok karas spesis A. Crassna / sub-integra

Pokok karas spesis A. Malaccensis
En Malek telah menyarankan untuk saya inokulasikan sebatang lagi pokok karas tetapi peralatan serta vaksin yang dibawa tidak mencukupi. Saya hanya membawa vaksin cukup-cukup untuk 2 batang pokok karas sepertimana yang beliau beritahu 2 hari sebelumnya.

Tak apalah...ada rezeki lain kali boleh inokulasi lagi.

Setelah selesai, kami pun bergerak kembali ke kereta. Dalam perjalan itu, sempat juga saya ambil beberapa batang anak nenas untuk ditanam di Sungai Lopoh nanti.

Kemudian, kami bergerak ke rumah abang En Malek. Setiba di situ, kelihatan abang En Malek sedang sibuk menguruskan anak-anak karas milik beliau sebanyak 10000 polibeg. Menakjubkan! Seronok melihat deretan anak-anak karas tersusun rapi dan hidup dengan suburnya.





Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan anak karas tersebut, bolehlah menghubungi En Malek di talian 016-6951347.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment