...

LAZADA

Lazada Malaysia

Tuesday 18 November 2014

Inokulasi Lagi

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah, siang tadi saya telah ke tapak projek bersama-sama dua orang anak saya. Tujuannya adalah untuk melihat perkembangan inokulasi terdahulu. Alhamdulillah sekali lagi kerana semuanya berjalan dengan baik.

Kesempatan tersebut juga telah saya manfaatkan dengan menanam beberapa batang anak nenas yang diambil dari kebun En Malek di Tangkak tempohari.

Selain dari itu, kesempatan juga telah digunakan bagi menginokulasi dua batang lagi pokok karas. Kedua-duanya kepunyaan landlord.

Sering kali saya terbaca tentang usaha inokulasi menggunakan teknik 'bamboo stick' dan ramai yang mengatakan hasilnya adalah amat baik sekali. Lantas, untuk inokulasi kali ini, saya telah menggunakan teknik yang diadaptasi daripada teknik 'bamboo stick' tetapi diubah mengikut citarasa saya.

Setelah beberapa lubang dibuat di pokok-pokok karas yang terpilih, anak-anak saya telah menyumbat ke dalamnya bebola kapas dan kemudiannya disuntik dengan vaksin. Proses tersebut diteruskan hingga lubang-lubang tersebut padat dengan bebola kapas. Tujuan saya berbuat begini adalah kerana bebola kapas dapat menyerap lebih banyak vaksin berbanding dengan 'bamboo stick'. Dari itu, lebih banyak vaksin akan diserap oleh pokok karas.

Samada teknik ini akan berjaya atau tidak, kita perlu tunggu sekurang-kurangnya enam bulan dari sekarang. Semoga Allah memberikan kejayaan dan hasil yang baik daripada penggunaan teknik ini.



Teknik ini lebih mudah perlaksanaannya kerana ia tidak memerlukan banyak barangan seperti botol, tali, paku dan lain-lainnya.

Mungkin akan ada yang bertanya tidak perlukah lubang tersebut ditutup? Berdasarkan ujikaji yang telah dijalankan oleh sahabat saya Tuan Bakery yang menggunakan vaksin dengan formula yang sama, hasil gaharu adalah lebih baik dan lebih banyak dengan cara ini. Dengan kepekatan vaksin yang kami digunakan, air hujan yang masuk akan membantu vaksin menular ke dalam pokok dengan lebih baik dan lebih jauh lagi lantas memberikan pulangan gaharu yang lebih banyak. Insya-Allah...

Kita tunggukan hasilnya nanti.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment