...

LAZADA

Lazada Malaysia

Monday, 12 May 2014

Aktiviti Minggu Lalu...

Salam warahmatullah,

Jumaat yang lalu, bersamaan 9hb Mei, saya telah memulakan ujian untuk membuat Liquid Seaweed Fertilizer. Memandangkan bahan-bahan yang diperlukan kesemuanya ada, maka mudahlah untuk saya memulakan kajian tersebut.

Bahan utama yang diperlukan adalah rumpailaut. Hanya dalam masa 10 minit proses pembuatan telah berjaya dilakukan. Kini hanya menunggu masa untuk LSF menjadi matang iaitu dalam masa kira-kira 2 bulan lagi. Mudah-mudahan kajian ini akan berjaya...insya-Allah.


Bekas plastik di sebelah kanan adalah LSF manakala di sebelah kiri adalah FAA.

Di hujung minggu pula, saya telah melawat tapak projek karas. Banyak pokok karas yang sedang berbunga dan mulai berbuah. Alhamdulillah. Tidak banyak aktiviti untuk dilakukan di tapak projek karas ini, sekadar memastikan pokok-pokok karas hidup subur.


Beberapa pokok nenas yang ditanam di sekitar tapak projek sudah mulai berbuah. Ada 7 pokok kesemuanya yang sedang berbuah dan nampak sihat.


Sekian, sedikit maklumat yang dapat dikongsikan.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment