...

LAZADA

Lazada Malaysia

Sunday 7 August 2011

Atteva Sciodoxa - Ulat Harimau Perosak Pokok Karas

Salam warahmatullah,

Akhirnya tandatanya apakah ulat yang menyerang pokok karas selama ini telah terjawab. Menurut Puan Aminah Saad, pemilik blog GaharuInfo, ulat tersebut adalah Atteva Sciodoxa atau lebih dikenali dengan nama tempatan 'ulat harimau'. Sila lihat link beliau di sini.

Puan Aminah menyarankan penggunaan racun serangga kimia malathion. Namun, saya berpendapat racun ini juga tidak mampu untuk menyekat serangan ulat harimau ini. Ini adalah kerana, sepengetahuan saya, Saudara Zubir sering menyembur pokok-pokok karas beliau dengan racun serangga ini dan kini pokok-pokok karas beliau yang telah berusia sekitar 3 tahun juga diserang oleh ulat harimau ini dengan ganasnya.

Sebagai langkah kedua, beliau menyarankan menggunakan cecair serai wangi. Hmm....mungkin saranan beliau ini boleh dipertimbangkan.

Namun, dari pengamatan saya, keperluan kepada penjagaan yang lebi rapi dan sempurna adalah lebih mendesak bagi menjamin serangan ulat harimau ini dapat diminimumkan. Mungkin lebih banyak 'harimau' perlu ditabur bagi memastikan projek penanaman karas ini mencapai kejayaan yang diharapkan.

Wallahu a'lam. Wassalam.

.

No comments:

Post a Comment