Salam warahmatullah,
Carian saya di internet telah menemukan induk 'ulat harimau' sebagai sejenis kupu-kupu yang dipanggil Tiger Moth. Sila klik di sini untuk gambar.
Carian seterusnya telah juga menemukan kaedah cadangan bagaimana untuk mengatasi masalah ulat ini. Untuk pengetahuan umum, 'ulat harimau' ini juga didapati menyerang tanaman Eurycoma Longifolia atau Tongkat Ali. Hasil kajian oleh pengkaji-pengkaji di Universiti Putra Malaysia mendapati teknik yang berkesan untuk mengatasi masalah 'ulat harimau' ini adalah dengan menggunakan kulat dari spesis Beauveria Bassiana.
Berikut adalah petikan daripada Wikipedia:
"Beauveria bassiana is a fungus that grows naturally in soils throughout the world and acts as a parasite on various arthropod species, causing white muscardine disease; it thus belongs to the entomopathogenic fungi. It is being used as a biological insecticide to control a number of pests such as termites, thrips, whiteflies, aphids and different beetles. Its use in the control of malaria-transmitting mosquitos is under investigation.
When the microscopic spores of the fungus come into contact with the body of an insect host, they germinate, penetrate the cuticle, and grow inside, killing the insect within a matter of days. Afterwards, a white mold emerges from the cadaver and produces new spores. A typical isolate of B. bassiana can attack a broad range of insects; various isolates differ in their host range."
Untuk artikel penuh, sila klik di sini.
Carian seterusnya menemukan beberapa syarikat yang mengedarkan produk berasaskan Beauveria Bassiana yang diformulakan untuk kegunaan pertanian. Antara produk-produk tersebut adalah Bovetropico, Biosuraksha & Bioverti dan produk keluaran AgriGold Fertilizers. Sayangnya, tidak satu daripada syarikat-syarikat tersebut beroperasi di Malaysia. Juga terdapat penjualan secara online daripada Indonesia melalui portal Bibit Unggul Online.
Berikut adalah gambar-gambar kesan Beauveria Bassiana ke atas beberapa jenis serangga perosak.
Wassalam.
.
No comments:
Post a Comment