...

LAZADA

Lazada Malaysia

Thursday 2 April 2015

Kajiselidik Belajar Kaedah Serta Formula Untuk Membuat Vaksin Gaharu Sendiri

Salam warahmatullah,

Sudah beberapa minggu saya meletakkan satu kajiselidik di laman ini berkenaan pembelajaran mengenai kaedah serta formula untuk membuat vaksin gaharu dan yuran yang patut dikenakan.

Soalan yang diajukan adalah:

Berapakah yuran yang anda sanggup bayar untuk belajar kaedah serta formula untuk membuat vaksin gaharu anda sendiri?

Dan, pilihan jawapan yang disediakan adalah:






Setakat ini hanya 3 undian telah diterima; satu memilih RM300 - RM500 dan dua memilih lebih daripada RM3000. Samada undian tersebut benar dan telus, saya tidak tahu dan tidak dapat hendak pastikan.

Apapun, amatlah menarik apabila dua undian memilih yuran melebihi RM3000. Saya beranggapan mereka memilih kadar ini kerana mereka sedia maklum bahawasanya harga vaksin gaharu pada masa ini agak mahal apabila diambilkira kos keseluruhan yang perlu dikeluarkan bagi menginokulasi pokok-pokok karas. 

Pun begitu, mempelajari kaedah serta formula membuat vaksin sendiri bukanlah semudah membayar RM3000 atau lebih. Ada banyak faktor yang perlu diambilkira. Belajar membuat vaksin gaharu sendiri bukanlah seperti kita belajar membuat roti atau kek.

Apa yang ingin saya tekankan adalah; biarpun apabila kita telah mempunyai formula vaksin gaharu serta sudah mempelajari kaedah untuk membuatnya, hasil gubal gaharu yang akan kita dapat adalah tidak tetap. Ada banyak faktor yang akan mempengaruhi hasilnya nanti. Antaranya:

  • Kematangan atau usia pokok karas
  • Tahap kesihatan dan pertumbuhan pokok karas
  • Spesis pokok karas
  • Kaedah inokulasi
  • Kuantiti vaksin yang digunakan
  • Dan lain-lain lagi

Bermakna, sekiranya ada individu yang bersedia untuk mengajarkan kaedah serta formula untuk membuat vaksin gaharu kepada anda semua, tiada janji dapat diberikan banyak mana kuantiti atau apakah gred gubal gaharu yang akan terhasil nanti.

Tahap kreativiti anda dalam mengolah formula asas membuat vaksin gaharu tersebut juga akan memainkan peranan penting bagi menentukan banyak manakah kuantiti dan bagaimanakah kualiti gubal gaharu yang bakal anda dapati.

Kenapa saya sebutkan "formula asas"? Kerana sepengetahuan saya tidak ada mana-mana individu yang mempunyai pengalaman menginokulasi setiap spesis pokok karas yang terdapat di negara ini atau di dalam pasaran. Maka dengan itu, andalah yang perlu berusaha untuk mengolah formula tersebut supaya ia bersesuaian dengan keperluan spesis pokok karas anda.

Lantas, pertanyaan seterusnya adalah:

Adakah anda bersedia menerima hakikat di atas sebagai sebahagian syarat untuk belajar kaedah serta formula untuk membuat vaksin gaharu sendiri?

Wassalam.



No comments:

Post a Comment