...

LAZADA

Lazada Malaysia

Wednesday 18 March 2015

Lagi Kejayaan Inokulasi Gaharu di Langat

Salam warahmatullah,

Pagi tadi saya telah ke tapak projek untuk melihat status inokulasi yang telah dilakukan 3 bulan yang lalu. Dalam posting sebelum ini, saya telah memaparkan gambar-gambar gubal gaharu hasil inokulasi ke atas pokok-pokok karas yang menggunakan Bio-Vaksin GMM.

Hari ini saya ingin berkongsi gambar-gambar gubal gaharu hasil inokulasi menggunakan vaksin oleh Tuan Bakery serta vaksin dari Thailand pemberian Abang Mat Siam pula.
 
 
 
 
 
Gambar-gambar gubal gaharu hasil inokulasi menggunakan vaksin Tuan Bakery.


Inokulasi menggunakan vaksin dari Thailand pemberian Abang Mat Siam. Kelihatan cendawan pada kulit pokok di kawasan inokulasi. Gambar bawah menunjukkan gubal gaharu yang terhasil setelah kulit pokok dibuang.

Berikut pula adalah gambar-gambar hasil inokulasi ke atas pokok karas Landlord menggunakan Bio-Vaksin GMM.

 
 
Inokulasi pokok karas Landlord menggunakan Bio-Vaksin GMM.

Selain dari melihat hasil inokulasi, saya juga telah berkesempatan menanam serumpum anak buluh madu yang saya dapatkan daripada En Malik sewaktu saya berkunjung ke Tangkak 2 minggu lalu.

Selain itu saya juga telah menanam 2 batang anak pisang jari buaya. Pisang jari buaya ini amat disukai di tempat kelahiran saya. Tiada siapa di kampung saya akan menolak jika diberikan pisang ini. Menurut kata orang lama, pisang jari buaya ini merupakan antara pisang yang boleh dimakan oleh orang perempuan di dalam pantang. Bukan sahaja ia sedap dimakan segar, tetapi juga amat sedap dibuat gulai lemak. Lebih sedap berbanding pisang lemak manis. Apalagi jika buahnya yang muda dimasak lemak dengan ikan baung. Fuh!!!

Biarpun pisang ini amat sedap tetapi ia juga amat jarang ditanam orang. Di kampung saya, hanya tinggal beberapa rumpun pisang ini yang masih hidup. Kerana itulah maka saya telah mengambil 2 batang anak pisang ini dan membawanya ke Langat untuk dibiakkan.

Malang sekali pisang ini kulitnya tidak cantik seperti pisang Comel. Jikalau tidak, pasti ia boleh dijadikan komoditi ekspot yang amat berharga.

  Gambar dari Google.

Sekian, wassalam.






No comments:

Post a Comment