...

LAZADA

Lazada Malaysia

Wednesday 28 January 2015

Aspirin & Tanaman

Salam watahmatullah,

Kira-kira 4 minggu lalu, saya terjumpa sebuah portal yang bercerita tentang 'aspirin water' serta keberkesanannya ke atas tanaman.

'Aspirin water' adalah air yang dicampurkan dengan aspirin - tablet yang biasa kita makan apabila sakit kepala atau demam sebelum Panadol mula diperkenalkan. Tablet aspirin ini diperbuat daripada campuran bahan utamanya 'salicylic acid' dan 'salicylic acid' inilah yang dikatakan berupaya membantu memperkuatkan kesihatan tanaman.

Bertujuan untuk melihat sendiri keberkesanan 'aspirin water' maka saya telah melakukan ujian dengan cara melarutkan 2 biji tablet aspirim ke dalam air yang diisi ke dalam tangki sembur bersaiz 16-liter. 'Aspirin water' ini kemudiannya saya semburkan ke semua pokok-pokok yang ada di sekitar rumah.

Beberapa hari kemudian, beberapa batang pokok cili yang sedang menguning mulai mengeluarkan tunas dan putik baru. Sungguh menakjubkan! Namun, apa yang lebih menarik ialah apabila sebatang pokok dari jenis limau kasturi yang seperti 'hidup segan, mati tak mahu' mula mengeluarkan mata tunas yang baru.


Selanjutnya, pada hari Sabtu yang lalu, yang telah sekali lagi membuat 'aspirin water' dan menyemburnya ke atas semua pokok-pokok yang ada. Mudah-mudahan usaha ini akan menjadikan tanaman saya lebih sihat dan segar.

Berikut adalah link untuk portal yang saya temui itu: http://www.plantea.com/plant-aspirin.htm

Wassalam.


No comments:

Post a Comment