...

LAZADA

Lazada Malaysia

Monday 14 July 2014

Lanjutan Daripada IMO-2...IMO-1 Bermula Semula & Apa Khabar EM-2 Tomate?

Salam warahmatullah,

Setelah IMO-2 siap 2 minggu yang lalu, saya telah membuat proses lanjutan di mana IMO-2 tersebut telah disatukan dan diperam bersama dengan EM-1 serta bahan lestari yang lain. Hasilnya..., sebentar tadi saya telah memperoleh satu larutan baru yang jika dinilai dari aspek bau serta pHnya adalah lebih 'power'.



Bagaimanapun, keberkesanannya hanya boleh diuji di lapangan selepas hariraya nanti.

Bagi tujuan tersebut, saya memerlukan larutan ini dalam kuantiti yang lebih banyak lagi . Untuk itu, pagi ini saya telah memulakan semula proses untuk membuat IMO-1.

Dalam perkembangan yang lain pula, ujian kepenggunaan ke atas EM-2 Tomate selama beberapa minggu yang lalu telah memberikan hasil yang memberangsangkan. Anak tomato yang disemburkan dengan larutan ini kelihatan segar dan tegap.


Begitu juga dengan pokok cili serta selasih. Mantap!!!

Sekian untuk kali ini, wassalam.


No comments:

Post a Comment