...

LAZADA

Lazada Malaysia

Wednesday 23 July 2014

IMO-2 Sekali Lagi...Kemajuan Inokulasi Semula Pokok Karas

Salam warahmatullah, selamat berpuasa dan salam aidilfitri,

Hari ini sekali lagi saya membuat IMO-2. Gabungan IMO dan gula merah telah disebatikan dan hanya menunggu hari hasilnya akan dapat digunakan.

Sementara itu, pada Isnin lepas saya telah memulakan proses membuat Kalsium Fosfat menggunakan kulit telur serta gabungan cuka kurma dan cuka epal. Sebaik sahaja, cuka kurma dan cuka epal bergabung dengan kulit telur, kelihatan buih-buih mula terhasil dari kulit telur dan naik ke atas. Di satu peringkat, berpusu-pusu buih keluar dari botol kerana aktiviti yang terjadi. Terpaksalah saya mengetatkan sedikit tutup botol dan membiarkan hanya sedikit sahaja buih yang keluar secara perlahan. Setelah beberapa lama, barulah penghasilan buih menjadi reda.

Sebelah kiri adalah IMO-2 yang sedang diperam manakala di sebelah kanan adalah Kalsium Fosfat yang sedang diproses.


Pun begitu, sehingga sekarang masih boleh dilihat berlakunya tindakbalas di antara kulit telur dengan gabungan cuka di mana kelihatan larutan tersebut seperti berpusar di dalam botol.

Petang tadi pula, saya telah menerima gambar sebatang pokok karas yang telah diinokulasi semula sebelum Ramadhan tempohari. Pada mulanya, pokok karas tersebut telah diinokulasi dengan inokulan buatan En Malek, bagaimanapun tiada sebarang reaksi didapati setelah 9 bulan diinokulasi.

Pokok karas tersebut kemudiannya telah saya inokulasi semula menggunakan inokulan buatan saya sendiri kira-kira 2 bulan yang lepas dan diinokulasi sekali lagi beberapa hari sebelum Ramadhan.


Dari gambar yang diterima kelihatan seperti ada tindakbalas yang berlaku. Kalau asalnya batang yang ditakek kelihatan putih sepenuhnya, kini sudah kelihatan tanda-tanda hitam pada urat-urat pokok. Harap-harap...biarlah resin gaharu benar-benar mulai terhasil.

Untuk kepastian, terpaksalah tunggu saya turun ke Langat selepas aidilfitri nanti.

Sekian dahulu, wassalam.


No comments:

Post a Comment