...

LAZADA

Lazada Malaysia

Friday, 28 October 2011

Apa Itu Inokulan?


TheFreeDictionary.Com mentafsirkan inokulan sebagaimana berikut:

inoculant - a substance (a virus or toxin or immune serum) that is introduced into the body to produce or increase immunity to a particular disease

Secara asasnya, di dalam industri tanaman karas dan penghasilan gaharu, inokulan merupakan sejenis bahan yang disuntik ke dalam batang pokok karas yang telah mencapai usia matang bertujuan untuk merangsang agar pokok karas berkenaan mengeluarkan resin sebagai satu bentuk tindakbalas hingga akhirnya bahagian dalaman pokok karas itu berubah menjadi gaharu yang mempunyai nilai komersil yang tinggi di pasaran antarabangsa.

Persoalannya, apakah bahan yang digunakan sebagai suntikan ini?

Sekiranya kita merujuk kepada tafsiran oleh TheFreeDictionary.Com seperti di atas, ia merupakan sejenis virus atau toksin atau serum.

Soalan seterusnya…, virus yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan? Atau, toksin yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan? Atau, serum yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan?

Perkara asas yang perlu diambilkira daripada penggunaan virus atau toksin atau serum adalah samada ia akan menyebabkan berlakunya tindakbalas negatif terhadap pokok karas tersebut. Adakah pokok itu akan mati? Atau, ia akan menghasilkan gaharu tetapi kualitinya tidak menepati kehendak pembeli seperti mengeluarkan bau yang tidak enak apabila dibakar. Atau, minyak yang dihasilkan tidak sesuai untuk diminum atau digunakan di dalam pembuatan barangan kosmetik.

Kerana itulah maka kini terdapat pengeluar inokulan yang mengeluarkan inokulan bio atau organik. Matlamatnya adalah supaya gaharu yang dihasilkan serta minyak yang dikeluarkan bukan sahaja menepati kehendak pembeli tetapi juga tidak berbahaya kepada kesihatan pengguna.

Pada kebiasaannya, inokulan dikeluarkan dalam bentuk cecair. Tujuannya supaya mudah untuk disuntik ke dalam batang pokok karas. Pun begitu, terdapat juga inokulan dikeluarkan dalam bentuk seperti gel.

Soalan seterusnya yang pastinya bermain di fikiran setiap pengusaha tanaman karas adalah bolehkah inokulan ini dibuat sendiri?

Jawapannya…..tunggu sambungan di edisi akan datang. Untuk sementara waktu, link berikut ada manfaatnya. Klik di sini.


No comments:

Post a Comment