Sudah agak lama saya tidak membuat posting berkenaan projek kerana agak sibuk. Bagaimanapun, dua minggu lalu saya telah berkesempatan menjenguk tapak projek.
Proses pemulihan pokok karas akibat daripada serangan ulat harimau masih berjalan dan agak perlahan. Ada juga kedapatan pokok-pokok yang kelihatannya seperti sudah menemui ajalnya biarpun batangnya masih hijau. Sedih sekali!
Pengajarannya - tidak mudah untuk menanam pokok karas dan mendapatkan hasilnya biarpun ramai yang berkata pokok karas adalah pokok hutan yang mudah hidup. Mudah hidup itu mungkin ... tapi untuk tumbuh membesar hingga cukup besar bagi memungkinkan pokok karas disuntik, itulah yang menjadi masalahnya.
Hakikatnya ... untuk membolehkan pokok karas membesar kepada saiz minima 40cm yang diperlukan dalam tempoh empat tahun untuk membolehkan ia disuntik, memerlukan tumpuan dan penjagaan yang rapi dan sistematik. Memang ada usahawan karas yang bernasib baik mempunyai lokasi yang baik serta tidak menghadapi serangan ulat harimau. Tahniah kepada mereka.
Apapun ... ada juga berita yang menggembirakan dalam industri tanaman karas dan penghasilan gaharu di Malaysia. Iaitu..., perkembangan teknologi inokulan. Semakin banyak inokulan dihasilkan oleh orang perseorangan dan syarikat yang memungkinkan kos inokulasi diminimakan sebaiknya.
Saya serta seorang kawan juga telah membuat ujian inokulasi menggunakan inokulan ciptaan sendiri pada 7 Mei yang lalu. 3 batang pokok karas telah disuntuk menggunakan 3 formula berbeza. ( Klik di sini untuk lihat posting. ) Dua bulan kemudian, beliau telah pergi semula dan menakik pokok-pokok tersebut untuk melihat perkembangannya. Alhamdulilah, sudah kelihatan tanda-tanda penghasilan gaharu pada ketiga-tiga pokok menunjukkan ketiga-tiga formula tersebut telah berjaya. ( Klik di sini untuk lihat posting. )
Nampaknya, berkemungkinan saya akan beralih kepada penghasilan inokulan pula kerana ia lebih mudah serta berpotensi besar memandangkan industri tanaman karas di negara ini semakin berkembang pesat.
Selamat berusaha!
No comments:
Post a Comment