...

LAZADA

Lazada Malaysia

Wednesday 1 June 2011

Kisah Petang Tadi...

Salam warahmatullah,

Petang tadi sekembali dari kerja, saya terus ke nurseri Abang Nasri di Batu 10, Gombak. Saya tiba di sana sekitar jam 6:45 petang. Kelihatan Abang Nasri sedang sibuk mengemaskan kawasan sekitar nurseri beliau.

Apa yang lebih menarik ialah bangunan baru sedang dibina bagi menempatkan ruang dapur yang bakal digunakan bagi mengadakan kursus memasak gaharu. Kelihatan sebuah dapur telah pun siap, manakala sembilan lagi akan dibina sedikit masa lagi menurut Abang Nasri. Seandainya usaha beliau ini berjaya, bolehlah nanti kita bersama-sama mengikuti kursus yang bakal diadakan dan menambah pengetahuan.

Di bahagian atas ruang dapur ini pula, beliau sedang membina bilik mesyuarat. Kata beliau, mudahlah nanti untuk kawan-kawan bertemu dan berbincang.

Di bahagian hadapan pula, telah siap dua buah bilik spa gaharu. Hanya peralatannya sahaja yang belum siap. Insyallah akan dapat beroperasi sedikit masa lagi. Saya tidak mengambil gambar kerana tidak bersedia untuk tujuan itu. Lagipun, pembinaan masih lagi berjalan. Biarlah semuanya siap dahulu, barulah saya paparkan gambar-gambarnya.

Cerita beliau, pihak Universiti Putra Malaysia telah bersetuju untuk menyediakan beliau 20 ekar tanah di dalam kawasan UPM bagi membolehkan beliau mendirikan makmal kajian. UPM juga telah bersetuju untuk menyediakan stesen gaharu di ekspo MAHA yang akan datang. Sesungguhnya ini merupakan khabar gembira buat warga peladang karas.

Ada juga khabar kurang gembira yang beliau sampaikan, yang mana saya rasa tidak perlulah diceritakan di sini.

Abang Nasri juga bertanyakan tentang En. Malik yang mengusahakan tanaman karas di kampung beliau di Tangkak, Johor. Dah lama tidak bertemu, katanya. Untuk pengetahuan umum, saat ini En. Malik mempunyai sekitar 900 pokok karas yang telah ditanam. Terdapat beberapa spesis yang ditanam, antaranya A. Sub-integra, A. Crassna, A. Malaccensis dan A. Hirta.

Oh ya...tujuan sebenar saya ke nurseri Abang Nasri adalah untuk mendapatkan bekalan anak karas bagi Puan Lieyna. Syabas kerana memberanikan diri untuk bersama-sama berkecimpung di dalam industri ini. Beliau akan datang ke rumah saya malam esok untuk mengambil anak-anak karas tersebut. Entahlah di mana akan ditanamnya anak karas itu nanti. Di Melaka atau di Muar?

Apapun...tahniah!

Wassalam.

.

No comments:

Post a Comment