...

LAZADA

Lazada Malaysia

Tuesday 28 June 2011

Kemaskini Minggu 26062011

Salam warahmatullah,

Setelah 4 minggu tidak menjenguk tapak projek kerana pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya hari Ahad lalu saya telah berpeluang untuk menjengah. Sedih melihat banyak pokok-pokok karas diserang oleh ulat sehingga kering kesemua daunnya, tinggal dahan aje. Terutama sekali di Projek FM.   Nampaknya nak kenalah buat semula formula semburan racun organik. Kali ini kena tambah 'neem oil' untuk kasi lagi 'punch'.











Manakala di Projek BOG, serangan ulat tidaklah teruk sangat. Pun begitu, nak kena bagi perhatian serius jugaklah sebab ia boleh menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Di samping itu, kebanyakan pokok-pokok yang ditanam di lapangan dan terdedah terus kepada cahaya matahari, nampaknya seakan terencat dan lambat kadar pertumbuhannya berbanding dengan pokok-pokok yang mendapat lindungan samada di waktu pagi atau petang.









Apapun, dapatlah juga pada kesempatan yang sedikit ini, pokok-pokok di Projek BOG diberikan baja. Manakala, sebahagian sahaja daripada pokok-pokok di Projek FM yang dapat dibersihkan.

Nampaknya minat peserta projek pun dah semakin sejuk ...membeku. Yang ada cuma kelibat En Malik yang hadir sekitar jam 11 pagi. Itupun, cuma sesekali kerana beliau sekarang sibuk dengan projek karas beliau sendiri di Tangkak.

Hmm...nampaknya lambat lagilah nak tengok pokok-pokok karas cukup besar dan matang.. Sebab, tak ada orang yang nak berborak dengan pokok-pokok tu. Kata seorang sahabat Abang Nasri, kalau nak pokok karas cepat besar, kenalah selalu berborak dengannya. Samalah tu macam petua orang-orang tua dulu. Kalau pokok buah tak mahu berbuah, kenalah dipujuk. Kalau dah dipujuk tak mahu jugak berbuah, hah! paranglah jawabnya. Pokok karas macam tu jugak ke? Nak kena siapkan parang nampaknya ni....

.

No comments:

Post a Comment