...

LAZADA

Lazada Malaysia

Wednesday 11 May 2011

Kisah Hari Minggu ...

Ahad - 8hb Mei 2011

Saya telah pergi ke Kg Sg Jang di Kuala Kubu Bharu bersama-sama En. Malik serta seorang anak saya untuk melawat ladang Dr Ibrahim. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan bekalan zeolite.

Namun, setiba di sana, apa yang lebih menjadi topik perbualan adalah ternakan kelulut yang diusahakan oleh Dr Ibrahim. Beliau mempunyai lebihkurang 20 sarang kelulut yang telah mula mengeluarkan hasil. Suasana di sekitar sarang kelulut beliau amat tenang sekali kerana terletak di pinggir kolam yang kemudiannya ditanami dengan pelbagai pokok yang menghasilkan nektar.

En. Malik nampaknya begitu teruja dan berminat dengan projek ternakan kelulut Dr Ibrahim itu. Tidak henti-henti beliau bertanya itu dan ini. Dari penerangan Dr Ibrahim, penternakan kelulut tidak susah dan boleh diusahakan secara kecil-kecilan. Apa yang penting, tempat itu mestilah mempunyai cukup tumbuhan yang mengeluarkan nektar. Modal untuk membuat sarang kelulut juga tidaklah mahal kerana boleh menggunakan bahan terbuang.

Rupabentuk bahagian dalam sarang kelulut menunjukkan bebuli di mana madu disimpan



En Malik begitu asyik memerhati salah satu daripada sarang kelulut Dr Ibrahim



Laluan masuk kelulut ke dalam sarang, dibuat sendiri oleh kelulut


Menurut Dr Ibrahim juga, dari ternakan kelulut kita boleh bertukar kepada ternakan lebah madu pula dengan hanya menukar koloni perumah dari kelulut kepada lebah madu.Tidak perlu menukar sarang kerana kelulut dan lebah adalah dari famili yang sama.

Hmm...macamana ya kalau ternakan kelulut atau lebah madu dilakukan di ladang gaharu? Tentu madunya nanti lebih istimewa sebab ada perisa gaharu.

Lama juga kami di sana. Dari jam 10:00 pagi hingga jam 2:30 petang. Banyak ilmu yang kami timba, alhamdulillah. Akhirnya, kami bergerak pulang bersama tujuan utama kami iaitu sekarung zeolite 50kg.

.

3 comments:

  1. Bagi sesiapa yang berminat untuk menternak lebah madu atau kelulut, bolehlah merujuk di sini untuk senarai barangan yang diperlukan

    ->

    http://animhosnan.blogspot.com/2011/02/bee-keeping-equipmens.html

    ReplyDelete
  2. macam bes, tp bgai mane pula hendak mengambil madu kelulutni..

    ReplyDelete