...

LAZADA

Lazada Malaysia

Saturday 7 May 2011

Kisah Hari Ini...

Seperti yang dirancangkan, saya telah bertemu dengan Abang Nasri di nurseri beliau di Batu 10, Gombak pagi tadi. Tujuan utamanya adalah untuk mengambik 20 batang anak pokok karas seperti yang telah dijanjikan.

Pada pertemuan tersebut, kami telah berpeluang berbincang perihal usaha menanam karas ini. Beliau telah mencadangkan supaya saya serta kawan-kawan lain yang terlibat mengusahakan tanaman karas agar menyertai Persatuan Saudagar Gaharu di mana beliau merupakan antara terajunya. Mudah-mudahan dengan penglibatan di dalam persatuan ini, akan membuka peluang yang lebih luas kepada ahli-ahli dari aspek komersial serta peningkatan maklumat.

Sebagai seorang yang telah lama berkecimpung di dalam industri ini, nyata beliau mempunyai pandangan dan pengetahuan yang luas. Sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk menyebarkan maklumat tanaman gaharu kepada mereka-mereka yang berminat, beliau sedang membina dapur gaharu di nurseri beliau bagi tujuan latihan.

Pada pertemuan tersebut juga, saya, isteri dan anak telah berkesempatan menjamah teh gaharu ciptaan beliau. Enak dan menyegarkan. Resipi beliau adalah lain dari yang lain. Unik.

Terima kasih Abang Nasri untuk segala maklumat yang telah beliau kongsikan.

Tak lupa juga tahniah kepada Landlord! Tambahan 20 batang anak karas sedang menuju destinasi.

.

No comments:

Post a Comment