...

LAZADA

Lazada Malaysia

Tuesday, 15 November 2011

Hasil Ujian Suntikan Inokulan B

Salam warahmatullah,

Pada 7hb Mei 2011 yang lalu, sahabat saya, Tuan Bakery telah menjalankan ujikaji inokulasi pokok karas menggunakan 3 formula inokulan ciptaan kami sendiri.

Dan, minggu lalu, beliau telah menebang pokok karas yang disuntik dengan inokulan B dan hasilnya adalah seperti gambar-gambar berikut:




Menurut beliau, gaharu yang terhasil amat wangi biarpun belum dibakar. Saya belum berkesempatan untuk melihat sendiri hasil tersebut akibat dari kesibukan masa. Insyallah akan berkunjung juga ke sana nanti untuk melihat sendiri hasil ujikaji inokulan Y serta NZ pula.

Wassalam.

.

Thursday, 10 November 2011

Pokok Karas Untuk Dijual

Salam warahmatullah,

Butir-butir:

Jumlah pokok = 15 batang pokok karas A. Malaccensis (tumbuh semulajadi)
Ukurlilit = 2 pemeluk
Usia pokok = 15 tahun
Lokasi = Tapah, Perak

Sesiapa berminat, sila sms 012-2021472.

Wassalam.

.

Friday, 28 October 2011

Apa Itu Inokulan?


TheFreeDictionary.Com mentafsirkan inokulan sebagaimana berikut:

inoculant - a substance (a virus or toxin or immune serum) that is introduced into the body to produce or increase immunity to a particular disease

Secara asasnya, di dalam industri tanaman karas dan penghasilan gaharu, inokulan merupakan sejenis bahan yang disuntik ke dalam batang pokok karas yang telah mencapai usia matang bertujuan untuk merangsang agar pokok karas berkenaan mengeluarkan resin sebagai satu bentuk tindakbalas hingga akhirnya bahagian dalaman pokok karas itu berubah menjadi gaharu yang mempunyai nilai komersil yang tinggi di pasaran antarabangsa.

Persoalannya, apakah bahan yang digunakan sebagai suntikan ini?

Sekiranya kita merujuk kepada tafsiran oleh TheFreeDictionary.Com seperti di atas, ia merupakan sejenis virus atau toksin atau serum.

Soalan seterusnya…, virus yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan? Atau, toksin yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan? Atau, serum yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan?

Perkara asas yang perlu diambilkira daripada penggunaan virus atau toksin atau serum adalah samada ia akan menyebabkan berlakunya tindakbalas negatif terhadap pokok karas tersebut. Adakah pokok itu akan mati? Atau, ia akan menghasilkan gaharu tetapi kualitinya tidak menepati kehendak pembeli seperti mengeluarkan bau yang tidak enak apabila dibakar. Atau, minyak yang dihasilkan tidak sesuai untuk diminum atau digunakan di dalam pembuatan barangan kosmetik.

Kerana itulah maka kini terdapat pengeluar inokulan yang mengeluarkan inokulan bio atau organik. Matlamatnya adalah supaya gaharu yang dihasilkan serta minyak yang dikeluarkan bukan sahaja menepati kehendak pembeli tetapi juga tidak berbahaya kepada kesihatan pengguna.

Pada kebiasaannya, inokulan dikeluarkan dalam bentuk cecair. Tujuannya supaya mudah untuk disuntik ke dalam batang pokok karas. Pun begitu, terdapat juga inokulan dikeluarkan dalam bentuk seperti gel.

Soalan seterusnya yang pastinya bermain di fikiran setiap pengusaha tanaman karas adalah bolehkah inokulan ini dibuat sendiri?

Jawapannya…..tunggu sambungan di edisi akan datang. Untuk sementara waktu, link berikut ada manfaatnya. Klik di sini.