...

LAZADA

Lazada Malaysia

Saturday, 7 March 2015

Kejayaan Inokulasi di Tangkak

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah siang tadi saya telah selamat pergi dan selamat kembali dari Tangkak melawat kebun karas milik En Malik. Antara agenda lawatan adalah untuk melihat hasil inokulasi pokok karas yang telah dilakukan kira-kira 3 bulan dahulu.

Alhamdulillah sekali lagi...hasilnya amatlah memberangsangkan. Tiap-tiap suntikan inokulasi menunjukkan tanda positif terdapatnya penghasilan gubal gaharu sepertimana yang dapat dilihat daripada gambar-gambar di bawah.






Selanjutnya, saya telah juga melakukan inokulasi kedua ke atas kedua-dua pokok karas tersebut diikuti dengan inokulasi baharu ke atas 2 batang pokok karas yang lain ihsan daripada En Malik. Untuk tujuan tersebut, saya telah membawa bersama saya 12 botol bio-vaksin.

  
2 batang pokok karas yang baru diinokulasi. Alhamdulillah...terima kasih En Malik.

 
12 botol bio-vaksin yang dibawa bersama.

  
2 batang pokok karas yang diinokulasi bagi kali kedua.

Sesungguhnya terdapatnya tanda-tanda penghasilan gubal gaharu amatlah menggembirakan saya begitu juga En Malik. Ini adalah kerana ia membuktikan bahawa usaha menghasilkan sendiri formula bio-vaksin kami telah berjaya. Sekarang kami hanya perlu menunggu untuk melihat sejauh mana bio-vaksin ini bergerak di dalam batang pokok karas dan sebanyak mana gubal gaharu yang dapat dihasilkan dalam tempoh 2 tahun, begitu juga mutu gubal gaharu yang terhasil.

Mudah-mudahan dengan izin Allah, hasilnya akan amat membanggakan. Amin.

Bagaimanapun, bagi memastikan penghasilan gubal gaharu yang maksima, usaha inokulasi akan diteruskan ke atas tiap-tiap pokok setiap 3 bulan sekali hingga genap 4 kali inokulasi. Insya-Allah.

Wassalam.



Monday, 2 March 2015

Hasil Inokulasi....Selepas 3 Bulan

Salam warahmatullah,

Semalam, Ahad 1hb Mac 2015, saya telah berada di tapak projek untuk melihat perkembangan hasil suntikan vaksin gaharu yang dilakukan 3 bulan yang lalu.

Alhamdulillah, hasilnya amat menggalakkan. Daripada beberapa batang pokok karas yang diperiksa menunjukkan perkembangan yang amat membanggakan. Mudah-mudahan perkembangan yang berlaku akan berterusan hingga menghasilkan gubal gaharu dengan mutu serta kuantiti yang amat tinggi.





Usaha seterusnya adalah untuk memastikan penghasilan gubal gaharu tersebut berterusan; jika boleh hingga meliputi keseluruhan pokok karas. Hehehe...mungkin terlalu tinggi harapan itu, tapi tak salah untuk kita menaruh harapan yang tinggi. Betul tak!? Mudah-mudahan juga saya akan berjaya menghasilkan gubal gaharu 'sinkwater'.

Berdasarkan prestasi gubal gaharu sekarang ini, bagaimanakah hasilnya dalam tempoh 2 tahun, 4 tahun atau 8 tahun dari sekarang! Insya-Allah...mudah-mudahan Allah akan merahmati segala usaha yang telah dan sedang dilakukan. Amin!!!

Opps!!! Untuk pengetahuan dan rekod, vaksin yang digunakan adalah hasil ciptaan saya sendiri. Alhamdulillah...

Wassalam.



Saturday, 21 February 2015

Aspirin & Tanaman.....Sambungan

Salam warahmatullah,

3 minggu telah berlalu semenjak saya menulis tentang tajuk di atas. Perkembangan terkini? Anda hanya perlu melihat gambar berikut untuk mengetahui perkembangannya.


Mungkin benar aspirin bukan hanya untuk manusia tetapi juga tanaman.

Selamat mencuba.

Wassalam.