...

LAZADA

Lazada Malaysia

Monday 16 May 2011

Kemaskini Projek...

Salam warahmatullah,

Semalam, 5 batang lagi anak pokok karas telah ditanam di Projek FM menjadikan jumlah keseluruhan sulaman anak pokok sebanyak 30 batang. Alhamdulillah anak-anak pokok karas yang telah ditanam menampakkan tumbesaran yang baik.

Cuaca yang baik juga membolehkan pokok-pokok karas tersebut dibaja.

Manakala, di tapak Projek BOG pula, sebatang pokok karas telah diserang ulat bulu halus menyebabkan kesemua daunnya menjadi kering dan gugur. Bagaimanapun, pucuk muda telah mulai kelihatan. Insyallah, pokok ini akan kembali segar tidak lama lagi.

Wassalam.

.

Wednesday 11 May 2011

Kisah Hari Minggu ...

Ahad - 8hb Mei 2011

Saya telah pergi ke Kg Sg Jang di Kuala Kubu Bharu bersama-sama En. Malik serta seorang anak saya untuk melawat ladang Dr Ibrahim. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan bekalan zeolite.

Namun, setiba di sana, apa yang lebih menjadi topik perbualan adalah ternakan kelulut yang diusahakan oleh Dr Ibrahim. Beliau mempunyai lebihkurang 20 sarang kelulut yang telah mula mengeluarkan hasil. Suasana di sekitar sarang kelulut beliau amat tenang sekali kerana terletak di pinggir kolam yang kemudiannya ditanami dengan pelbagai pokok yang menghasilkan nektar.

En. Malik nampaknya begitu teruja dan berminat dengan projek ternakan kelulut Dr Ibrahim itu. Tidak henti-henti beliau bertanya itu dan ini. Dari penerangan Dr Ibrahim, penternakan kelulut tidak susah dan boleh diusahakan secara kecil-kecilan. Apa yang penting, tempat itu mestilah mempunyai cukup tumbuhan yang mengeluarkan nektar. Modal untuk membuat sarang kelulut juga tidaklah mahal kerana boleh menggunakan bahan terbuang.

Rupabentuk bahagian dalam sarang kelulut menunjukkan bebuli di mana madu disimpan



En Malik begitu asyik memerhati salah satu daripada sarang kelulut Dr Ibrahim



Laluan masuk kelulut ke dalam sarang, dibuat sendiri oleh kelulut


Menurut Dr Ibrahim juga, dari ternakan kelulut kita boleh bertukar kepada ternakan lebah madu pula dengan hanya menukar koloni perumah dari kelulut kepada lebah madu.Tidak perlu menukar sarang kerana kelulut dan lebah adalah dari famili yang sama.

Hmm...macamana ya kalau ternakan kelulut atau lebah madu dilakukan di ladang gaharu? Tentu madunya nanti lebih istimewa sebab ada perisa gaharu.

Lama juga kami di sana. Dari jam 10:00 pagi hingga jam 2:30 petang. Banyak ilmu yang kami timba, alhamdulillah. Akhirnya, kami bergerak pulang bersama tujuan utama kami iaitu sekarung zeolite 50kg.

.

Saturday 7 May 2011

Kisah Hari Ini...

Seperti yang dirancangkan, saya telah bertemu dengan Abang Nasri di nurseri beliau di Batu 10, Gombak pagi tadi. Tujuan utamanya adalah untuk mengambik 20 batang anak pokok karas seperti yang telah dijanjikan.

Pada pertemuan tersebut, kami telah berpeluang berbincang perihal usaha menanam karas ini. Beliau telah mencadangkan supaya saya serta kawan-kawan lain yang terlibat mengusahakan tanaman karas agar menyertai Persatuan Saudagar Gaharu di mana beliau merupakan antara terajunya. Mudah-mudahan dengan penglibatan di dalam persatuan ini, akan membuka peluang yang lebih luas kepada ahli-ahli dari aspek komersial serta peningkatan maklumat.

Sebagai seorang yang telah lama berkecimpung di dalam industri ini, nyata beliau mempunyai pandangan dan pengetahuan yang luas. Sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk menyebarkan maklumat tanaman gaharu kepada mereka-mereka yang berminat, beliau sedang membina dapur gaharu di nurseri beliau bagi tujuan latihan.

Pada pertemuan tersebut juga, saya, isteri dan anak telah berkesempatan menjamah teh gaharu ciptaan beliau. Enak dan menyegarkan. Resipi beliau adalah lain dari yang lain. Unik.

Terima kasih Abang Nasri untuk segala maklumat yang telah beliau kongsikan.

Tak lupa juga tahniah kepada Landlord! Tambahan 20 batang anak karas sedang menuju destinasi.

.

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam warahmatullah...

Hari ni merupakan hari yang istimewa serta mencatatkan sejarah tersendiri di mana Tuan Bakery telah menjalankan ujikaji inokulasi pokok karas menggunakan formula inokulan ciptaan sendiri. 3 batang pokok karas telah diinokulasi menggunakan 3 formula berbeza.

Berikut adalah gambar-gambar berkaitan:-

Formula NZ
Formula Y

Formula B
Mudah-mudahan dalam jangkamasa beberapa bulan dari sekarang, kita akan mula melihat hasilnya. Samada menjadi ataupun tidak.

Wassalam.

.

Thursday 5 May 2011

Landlord Order Anak Pokok Lagi!

Hahaha!

Landlord sudah pesan lagi 20 anak karas. Untuk itu, saya telah menghubungi En. Nasri, pemilik Agarwood Oud Oil Asia, bagi mendapatkan bekalan anak karas tersebut dari nurseri beliau di Batu 10, Gombak. Insyallah, hari Sabtu ini akan diambil.

Syabas, Landlord!

.

Tuesday 3 May 2011

Selingan manja...


Berita Terkini

Salam warahmatullah,

Alhamdulillah, 20 batang anak pokok karas dari spesis Aquilaria Malaccensis telah pun ditanam sebagai sulaman menggantikan pokok-pokok karas yang mati di Projek FM. Dicampurkan dengan 5 batang yang telah pun ditanam sebelum ini menjadikan kesemuanya 25 batang telah ditanam. 3 rumpun pokok kantan juga telah ditanam sebagai mempelbagaikan tanaman sampingan.










Sementara itu di tapak BOG, keadaan amat menceriakan. Bersih dan tidak bersemak. Terima kasih kepada Landlord.

Memandangkan 'stakeholders' sentiasa sibuk, adalah dicadangkan supaya 'monthly maintenance' itu diberikan secara langsung kepada kontraktor Landlord dan bayaran dikutip dari setiap 'stakeholder' setiap bulan sebanyak RM10 seorang bermula bulan Mei 2011. Bagaimanapun, untuk bulan Mei ini, setiap 'stakeholders' perlulah membayar RM20, RM10 bagi reimbursement kepada Landlord bagi kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan pada bulan April 2011 sementara RM10 lagi adalah untuk 'maintenance' bulan Mei 2011.

Memandangkan tidak banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan, saya telah berpeluang untuk membaja pokok-pokok karas tersebut.











Sementara itu, Landlord telah memesan tambahan 20 anak pokok karas. Hai...kaya le Landlord. Mengalahkan peserta projek.

Wassalam.

.