...

LAZADA

Lazada Malaysia

Saturday 24 December 2011

Maha Suci Allah....Subhanallah....Alhamdulillah....

Salam warahmatullah,

Pagi tadi saya telah berkesempatan ke Semenyih untuk melihat sendiri hasil ujian inokulasi yang telah dilakukan oleh Tuan Bakery pada 7hb Mei 2011 yang lalu setelah tertangguh untuk kesekian kalinya.

Mula-mula saya telah ke nurseri Tuan Bakery untuk melihat gaharu yang sedang dicucinya. Untuk makluman, gaharu ini adalah hasil dari suntikan inokulan B yang telah beliau potong setelah berusia 5 bulan diinokulasi. Hasilnya memang seperti yang beliau katakan sebelum ini, harum baunya biarpun tidak dibakar. Jika dibandingkan dengan hasil gaharu dari inokulasi nano berusia 2 tahun diinokulasikan, nyata sekali hasil inokulan B ini adalah lebih baik. Ini mengesahkan bahawasanya inokulan B ini sangat berjaya.

Alhamdulillah!!!

Foto 1 - Gaharu dari inokulan B yang sedang dicuci. Baunya amat harum.

Foto 2 - Gaharu dari inokulan B.


Kemudiannya, kami telah pergi melihat 2 batang lagi pokok karas yang telah diinokulasikan; satu menggunakan inokulasi NZ dan satu lagi menggunakan inokulasi Y. Hasilnya seperti gambar-gambar di bawah.

Foto 1 - Inokulan NZ
Foto 2 - Inokulan NZ
Foto 1 - Inokulan Y

Foto 2 - Inokulan Y
Foto 3 - Inokulan Y

  
Foto 4 - Inokulan Y
Insyallah sedikit masa lagi Tuan Bakery akan membuat inokulasi menggunakan variasi dari formula Y pula. Ini berdasarkan pemerhatian di mana inokulan formula Y didapati mengambil masa yang lama untuk diserap oleh pokok karas, berkemungkinan kerana terlalu pekat.

Apapun, kejayaan ini merupakan titik pertama ke arah penghasilan inokulan yang lebih efektif dan berkualiti.

Mudah-mudahan segala usaha ini akan membuahkan kejayaan.

Wassalam.

.

No comments:

Post a Comment