Alhamdulillah siang tadi saya telah selamat pergi dan selamat kembali dari Tangkak melawat kebun karas milik En Malik. Antara agenda lawatan adalah untuk melihat hasil inokulasi pokok karas yang telah dilakukan kira-kira 3 bulan dahulu.
Alhamdulillah sekali lagi...hasilnya amatlah memberangsangkan. Tiap-tiap suntikan inokulasi menunjukkan tanda positif terdapatnya penghasilan gubal gaharu sepertimana yang dapat dilihat daripada gambar-gambar di bawah.
Selanjutnya, saya telah juga melakukan inokulasi kedua ke atas kedua-dua pokok karas tersebut diikuti dengan inokulasi baharu ke atas 2 batang pokok karas yang lain ihsan daripada En Malik. Untuk tujuan tersebut, saya telah membawa bersama saya 12 botol bio-vaksin.
2 batang pokok karas yang baru diinokulasi. Alhamdulillah...terima kasih En Malik.
12 botol bio-vaksin yang dibawa bersama.
2 batang pokok karas yang diinokulasi bagi kali kedua.
Sesungguhnya terdapatnya tanda-tanda penghasilan gubal gaharu amatlah menggembirakan saya begitu juga En Malik. Ini adalah kerana ia membuktikan bahawa usaha menghasilkan sendiri formula bio-vaksin kami telah berjaya. Sekarang kami hanya perlu menunggu untuk melihat sejauh mana bio-vaksin ini bergerak di dalam batang pokok karas dan sebanyak mana gubal gaharu yang dapat dihasilkan dalam tempoh 2 tahun, begitu juga mutu gubal gaharu yang terhasil.
Mudah-mudahan dengan izin Allah, hasilnya akan amat membanggakan. Amin.
Bagaimanapun, bagi memastikan penghasilan gubal gaharu yang maksima, usaha inokulasi akan diteruskan ke atas tiap-tiap pokok setiap 3 bulan sekali hingga genap 4 kali inokulasi. Insya-Allah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment