...

LAZADA

Lazada Malaysia

Monday, 20 April 2015

Kajiselidik Di Toluna.Com

Salam warahmatullah,

Pada 14 April lepas, saya telah meletakkan kajiselidik yang sama di Toluna.Com dan sehingga hari ini keputusannya adalah seperti di bawah:



Apa yang menarik daripada keputusan kajiselidik tersebut adalah minat kaum wanita terhadap industri gaharu. Seramai 8 orang pengundi adalah wanita berbanding hanya 4 orang lelaki. Data kajian juga menunjukkan 1 orang wanita serta 2 orang lelaki memilih bayaran lebih daripada RM3000.Manakala daripada grup umur pula, 10 orang pengundi adalah berusia antara 18 - 34 tahun manakala hanya 2 orang berusia di antara 35 - 54 tahun.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah 1 daripada 4 orang pengundi merasakan mereka patut membayar lebih daripada RM3000 untuk mempelajari formula serta kaedah untuk membuat vaksin gaharu sendiri. Keputusan ini adalah amat memberangsangkan kerana ia menunjukkan tahap kematangan fikiran pengusaha tanaman karas dan penghasilan gubal gaharu.

Wassalam.







No comments:

Post a Comment