Untuk pengetahuan, 3 batang lagi pokok karas telah diinokulasi pada hari Sabtu yang lalu. Dan....semalam, 5 batang lagi pokok karas telah diinokulasi. Kesemuanya menggunakan vaksin olahan saya sendiri.
Gambar berikut adalah daripada aktiviti inokulasi pada hari Sabtu:
Manakala gambar berikutnya adalah daripada aktiviti inokulasi hari semalam:
Jika diamati daripada gambar-gambar inokulasi yang telah ditunjukkan semenjak 1 Muharram yang lalu, tentu ada yang tertanya-tanya kenapa sesetengah inokulasi menggunakan botol 1.5 liter? Jawapannya, adalah untuk melihat sejauh mana pokok karas berupaya menyerap vaksin yang dimasukkan.
Dan...dari pengamatan saya, ada vaksin yang diserap dengan cepat pada permulaannya tetapi kemudian menjadi lambat atau tertangguh sepenuhnya. Mungkinkah kerana pokok sudah tepu dengan vaksin menjadikannya berhenti daripada terus menyerap vaksin? Wallahu a'lam.
Ada juga di antara vaksin yang terhenti itu saya tebukkan lubang lain. Hasilnya...ada yang dapat menyerap vaksin hingga habis tetapi ada juga yang terhenti seperti sebelumnya.
Berhubung masalah vaksin pemberian Abang Mat Siam, saya masih belum mendapat apa-apa perkhabaran mengenainya daripada Abang Mat Siam. Namun sebagai cubaan untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah membuat lubang lain tetapi hasilnya masih sama. Hmm...apa lagi yang boleh saya lakukan?
Nampaknya...melakukan proses inokulasi pun ada masalah tersendiri. Tidak semudah yang dijangkakan. Tak apalah...ia bakal menjadi ilmu yang bermanfaat di kemudian hari. Insya-Allah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment