Salamwarahmatullah,
Baru-baru ini saya ada mendapat pertanyaan yang bertanyakan adakah solusi aktif itu juga merupakan inokulan gaharu?
Mengikut pengkajian saya, kebanyakan inokulan gaharu organik yang berada di pasaran adalah berasaskan EM - Effective Microorganisms atau Effective Microbes. Kenapa begitu? Sebabnya mikrob adalah diperlukan bagi merangsang pokok karas untuk mengeluarkan resin gaharu.
Sekiranya kita layari kebanyakan portal gaharu Indonesia, kita akan dapati rata-rata mereka akan menyebut tentang Fusarium yang digunakan di dalam inokulan mereka. Apakah Fusarium?
Fusarium adalah sejenis famili kulat. Kulat ini dibiakkan di dalam solusi EM dan kemudiannya disuntik ke dalam pokok karas bagi merangsang pokok karas untuk menghasilkan resin gaharu.
Oleh yang demikian itu, solusi aktif boleh diolah untuk menjadi inokulan. Bagaimanapun, keberkesanannya tidak boleh saya jamin kerana penghasilan resin gaharu oleh pokok karas bergantung kepada banyak faktor luaran yang meliputi teknik suntikan, waktu suntikan, kesuburan pokok, cuaca dan sebagainya.
Sekiranya anda hendak menggunakan kaedah solusi aktif sebagai kaedah asas untuk menghasilkan inokulan gaharu, anda boleh melakukannya ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Wassalam.
Good day,
Recently, I received a question whether or not the active solution is also agarwood inoculant?
According to my observation, most of the organic inoculant available on the market are EM - Effective Microorganisms or Effective Microbes based. Why it is so? The reason is that microbes are required to stimulate the agarwood trees into producing the agarwood resin.
Should we surf the Indonesian agarwood portal, we will come across Fusarium in most of their writing abount inoculant. What is Fusarium?
Fusarium is a family of fungi which is being bred in the EM solution and then injected into the agarwood trees to produce agarwood resin.
Therefore, the active solution may be use to produce inoculant. However, its effectiveness is not guaranteed as the production of agarwood can be affected by many external factors such as the injection method, time of injection, the health of the agarwood trees, weather and so on.
Thus, if you intend to use the active solution method as a mean to produce your own inoculant, you may do so AT YOUR OWN RISK.
Wassalam.
Saturday, 23 July 2016
Tuesday, 22 March 2016
Berjumpa Otai Gaharu - Pak Megat
Salamwarahmatullah,
Semalam, 21hb Mac 2016, saya dan En Malek telah berkesempatan untuk bertemu dengan seorang otai gaharu yang terkenal iaitu Pak Megat. Pertemuan telah berlangsung di showroom beliau di Taman Melawati. Pelbagai produks gaharu dipamerkan dan dijual selain pelbagai bahan contoh hasil usaha R&D beliau.
Satu produks gaharu yang sangat menarik perhatian saya adalah air suling gaharu. Menurut beliau, air suling gaharu amat baik untuk diamalkan. Sebagai contoh, isteri beliau telah mengalami strok sebanyak 3 kali. Selepas mengamalkan air suling gaharu, beliau telah pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan jiran Pak Megat yang juga mengalami strok. Setelah diberikan air suling gaharu, beliau telah pulih sepenuhnya juga. Dalam kes yang lain, adik ipar Pak Megat mengalami masalah tiroid. Beliau juga telah sembuh sepenuhnya selepas mengamalkan air suling gaharu.
Menurut Pak Megat, air suling gaharu juga amat baik untuk pesakit kencing manis dan kanser. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang air suling gaharu atau ingin membelinya, sila hubungi Pak Megat di talian 017-5080272.
Lain-lain produks gaharu yang terdapat di showroom Pak Megat antaranya; teh gaharu, kopi gaharu, sabun gaharu, balsam gaharu dan lain-lain.
Bagaimanapun, Pak Megat hanya berada di showroom beliau pada hujung minggu. Manakala di hari lainnya, beliau berada di Ipoh menguruskan ladang gaharu beliau.
Pak Megat seorang yang peramah dan tidak kedekut ilmu. Banyak perkara berkaitan gaharu telah kami bincangkan dan telah dapat kami pelajari. Dan, beliau adalah seorang yang sistematik dalam pekerjaan beliau. Semua R&D yang beliau lakukan direkodkan dengan teliti sebagai rujukan di masa akan datang.
Malangnya, kami tidak dapat berbincang lama dengan beliau kerana masa tidak mengizinkan. Terima kasih Pak Megat kerana telah menerima kami sebagai tetamu dan terima kasih juga untuk kopi gaharu yang sedap itu. Insya-Allah kita akan bertemu lagi di lain hari.
Oops, barangsiapa yang ingin mendapatkan anak karas dari spesis A. Sinensis juga boleh berkomunikasi dengan Pak Megat.
Wassalam.
Wednesday, 6 January 2016
Penyediaan Solusi Aktif
Bahan:
1 liter induk
3 kg larutan gula merah / Melaka
6 liter air bertapis / RO / tanpa klorin
Kaedah:
Masak larutan gula merah / Melaka serta air bertapis / RO / tanpa klorin hingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan.
Masukkan induk dan kacau hingga rata dan sebati.
Masukkan ke dalam tong plastik yang telah disterilkan. Tutup rapat-rapat. Rehatkan selama 2 minggu.
Sedia untuk digunakan.
Nota:
Tempoh hayat sehingga 6 bulan jika disimpan dengan cara yang betul.
Preparation of Active Solution
Ingredients:
1 liter base solution
3 kg molasses
6 liter filtered / RO / non-chlorinated water
Methods:
Heat molasses and filtered / RO / non-chlorinated water until boiling. Remove from heat and let it cool completely.
Add base solution and mix well.
Transfer to sterilized plastic container and capped tightly. Store for 2 weeks.
Active solution is ready to be used.
1 liter induk
3 kg larutan gula merah / Melaka
6 liter air bertapis / RO / tanpa klorin
Kaedah:
Masak larutan gula merah / Melaka serta air bertapis / RO / tanpa klorin hingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan.
Masukkan induk dan kacau hingga rata dan sebati.
Masukkan ke dalam tong plastik yang telah disterilkan. Tutup rapat-rapat. Rehatkan selama 2 minggu.
Sedia untuk digunakan.
Nota:
Tempoh hayat sehingga 6 bulan jika disimpan dengan cara yang betul.
Preparation of Active Solution
Ingredients:
1 liter base solution
3 kg molasses
6 liter filtered / RO / non-chlorinated water
Methods:
Heat molasses and filtered / RO / non-chlorinated water until boiling. Remove from heat and let it cool completely.
Add base solution and mix well.
Transfer to sterilized plastic container and capped tightly. Store for 2 weeks.
Active solution is ready to be used.
Notes:
Shelf life is 6 months if properly stored.
Subscribe to:
Posts (Atom)