Salam warahmatullah,
Butir-butir:
Jumlah pokok = 15 batang pokok karas A. Malaccensis (tumbuh semulajadi)
Ukurlilit = 2 pemeluk
Usia pokok = 15 tahun
Lokasi = Tapah, Perak
Sesiapa berminat, sila sms 012-2021472.
Wassalam.
.
Thursday, 10 November 2011
Friday, 28 October 2011
Apa Itu Inokulan?
TheFreeDictionary.Com
mentafsirkan inokulan sebagaimana berikut:
inoculant - a
substance (a virus or toxin or immune serum) that is introduced into the body
to produce or increase immunity to a particular disease
Secara
asasnya, di dalam industri tanaman karas dan penghasilan gaharu, inokulan
merupakan sejenis bahan yang disuntik ke dalam batang pokok karas yang telah
mencapai usia matang bertujuan untuk merangsang agar pokok karas berkenaan
mengeluarkan resin sebagai satu bentuk tindakbalas hingga akhirnya bahagian
dalaman pokok karas itu berubah menjadi gaharu yang mempunyai nilai komersil
yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Persoalannya,
apakah bahan yang digunakan sebagai suntikan ini?
Sekiranya
kita merujuk kepada tafsiran oleh TheFreeDictionary.Com seperti di atas, ia merupakan
sejenis virus atau toksin atau serum.
Soalan seterusnya…,
virus yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan? Atau, toksin
yang bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan? Atau, serum yang
bagaimanakah yang boleh digunakan sebagai inokulan?
Perkara asas
yang perlu diambilkira daripada penggunaan virus atau toksin atau serum adalah
samada ia akan menyebabkan berlakunya tindakbalas negatif terhadap pokok karas
tersebut. Adakah pokok itu akan mati? Atau, ia akan menghasilkan gaharu tetapi
kualitinya tidak menepati kehendak pembeli seperti mengeluarkan bau yang tidak
enak apabila dibakar. Atau, minyak yang dihasilkan tidak sesuai untuk diminum
atau digunakan di dalam pembuatan barangan kosmetik.
Kerana itulah
maka kini terdapat pengeluar inokulan yang mengeluarkan inokulan bio atau organik.
Matlamatnya adalah supaya gaharu yang dihasilkan serta minyak yang dikeluarkan
bukan sahaja menepati kehendak pembeli tetapi juga tidak berbahaya kepada
kesihatan pengguna.
Pada
kebiasaannya, inokulan dikeluarkan dalam bentuk cecair. Tujuannya supaya mudah untuk
disuntik ke dalam batang pokok karas. Pun begitu, terdapat juga inokulan
dikeluarkan dalam bentuk seperti gel.
Soalan
seterusnya yang pastinya bermain di fikiran setiap pengusaha tanaman karas
adalah bolehkah inokulan ini dibuat sendiri?
Jawapannya…..tunggu
sambungan di edisi akan datang. Untuk sementara waktu, link berikut ada
manfaatnya. Klik di sini.
Thursday, 27 October 2011
Salam sejahtera...
Sudah agak lama saya tidak membuat posting berkenaan projek kerana agak sibuk. Bagaimanapun, dua minggu lalu saya telah berkesempatan menjenguk tapak projek.
Proses pemulihan pokok karas akibat daripada serangan ulat harimau masih berjalan dan agak perlahan. Ada juga kedapatan pokok-pokok yang kelihatannya seperti sudah menemui ajalnya biarpun batangnya masih hijau. Sedih sekali!
Pengajarannya - tidak mudah untuk menanam pokok karas dan mendapatkan hasilnya biarpun ramai yang berkata pokok karas adalah pokok hutan yang mudah hidup. Mudah hidup itu mungkin ... tapi untuk tumbuh membesar hingga cukup besar bagi memungkinkan pokok karas disuntik, itulah yang menjadi masalahnya.
Hakikatnya ... untuk membolehkan pokok karas membesar kepada saiz minima 40cm yang diperlukan dalam tempoh empat tahun untuk membolehkan ia disuntik, memerlukan tumpuan dan penjagaan yang rapi dan sistematik. Memang ada usahawan karas yang bernasib baik mempunyai lokasi yang baik serta tidak menghadapi serangan ulat harimau. Tahniah kepada mereka.
Apapun ... ada juga berita yang menggembirakan dalam industri tanaman karas dan penghasilan gaharu di Malaysia. Iaitu..., perkembangan teknologi inokulan. Semakin banyak inokulan dihasilkan oleh orang perseorangan dan syarikat yang memungkinkan kos inokulasi diminimakan sebaiknya.
Saya serta seorang kawan juga telah membuat ujian inokulasi menggunakan inokulan ciptaan sendiri pada 7 Mei yang lalu. 3 batang pokok karas telah disuntuk menggunakan 3 formula berbeza. ( Klik di sini untuk lihat posting. ) Dua bulan kemudian, beliau telah pergi semula dan menakik pokok-pokok tersebut untuk melihat perkembangannya. Alhamdulilah, sudah kelihatan tanda-tanda penghasilan gaharu pada ketiga-tiga pokok menunjukkan ketiga-tiga formula tersebut telah berjaya. ( Klik di sini untuk lihat posting. )
Nampaknya, berkemungkinan saya akan beralih kepada penghasilan inokulan pula kerana ia lebih mudah serta berpotensi besar memandangkan industri tanaman karas di negara ini semakin berkembang pesat.
Selamat berusaha!

Subscribe to:
Posts (Atom)