...

LAZADA

Lazada Malaysia

Tuesday 22 March 2016

Berjumpa Otai Gaharu - Pak Megat


Salamwarahmatullah,

Semalam, 21hb Mac 2016, saya dan En Malek telah berkesempatan untuk bertemu dengan seorang otai gaharu yang terkenal iaitu Pak Megat. Pertemuan telah berlangsung di showroom beliau di Taman Melawati. Pelbagai produks gaharu dipamerkan dan dijual selain pelbagai bahan contoh hasil usaha R&D beliau.

Satu produks gaharu yang sangat menarik perhatian saya adalah air suling gaharu. Menurut beliau, air suling gaharu amat baik untuk diamalkan. Sebagai contoh, isteri beliau telah mengalami strok sebanyak 3 kali. Selepas mengamalkan air suling gaharu, beliau telah pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan jiran Pak Megat yang juga mengalami strok. Setelah diberikan air suling gaharu, beliau telah pulih sepenuhnya juga. Dalam kes yang lain, adik ipar Pak Megat mengalami masalah tiroid. Beliau juga telah sembuh sepenuhnya selepas mengamalkan air suling gaharu.

Menurut Pak Megat, air suling gaharu juga amat baik untuk pesakit kencing manis dan kanser. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang air suling gaharu atau ingin membelinya, sila hubungi Pak Megat di talian 017-5080272.

Lain-lain produks gaharu yang terdapat di showroom Pak Megat antaranya; teh gaharu, kopi gaharu, sabun gaharu, balsam gaharu dan lain-lain.

Bagaimanapun, Pak Megat hanya berada di showroom beliau pada hujung minggu. Manakala di hari lainnya, beliau berada di Ipoh menguruskan ladang gaharu beliau.

Pak Megat seorang yang peramah dan tidak kedekut ilmu. Banyak perkara berkaitan gaharu telah kami bincangkan dan telah dapat kami pelajari. Dan, beliau adalah seorang yang sistematik dalam pekerjaan beliau. Semua R&D yang beliau lakukan direkodkan dengan teliti sebagai rujukan di masa akan datang.



Malangnya, kami tidak dapat berbincang lama dengan beliau kerana masa tidak mengizinkan. Terima kasih Pak Megat kerana telah menerima kami sebagai tetamu dan terima kasih juga untuk kopi gaharu yang sedap itu. Insya-Allah kita akan bertemu lagi di lain hari.

Oops, barangsiapa yang ingin mendapatkan anak karas dari spesis A. Sinensis juga boleh berkomunikasi dengan Pak Megat.

Wassalam.