...

LAZADA

Lazada Malaysia

Tuesday 26 April 2011

Anak karas Aquilaria Malaccensis

Salam warahmatullah,

Hari ini, sekali lagi En Malek ke Paya Jaras dan mendapatkan bekalan anak karas Aquilaria Malaccensis. Terlanjur beliau ke sana, saya memesan 20 batang anak karas untuk disulam di Projek FM.



Insyallah, hari Isnin nanti, yakni Hari Pekerja, anak-anak pokok tersebut akan ditanam. Mudah-mudahan ia akan hidup dengan subur.

Wassalam.

Thursday 21 April 2011

En Malek, A. Malaccensis dan ...

Salam warahmatullah,

Hari Rabu lalu, En Malek ke Paya Jaras, Sungai Buloh dan berjaya mendapatkan lebihkurang 130 anak pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis. Kemudian, beliau pass-on 15 batang anak pokok kepada saya. Tinggallah 115 batang anak pokok dengan beliau. Jika dicampur dengan jumlah pokok yang telah ditanam dan yang belum ditanam di kampung beliau di Payamas, Tangkak menjadikan jumlah keseluruhan pokok karas yang beliau miliki sebanayak 1000 pokok.

Wau! Banyak tu... Diam-diam, dalam pada tak ada modal, dah 1000 pokok dah!

Yang 15 pokok tu...cadangnya nak tanam kat tapak FM. Tapi, nak kena kaveatlah. Yalah...dah keluar fulus sendiri. 5 pokok yang tanam minggu dulu pun nak kena kaveatlah jugak. Hmm...kira ok jugak ya. Ada le 20 batang pokok hakmilik persendirian.

Wassalam.

Tuesday 19 April 2011

Kisah Minggu Lalu

Salam warahmatullah,

Hmm...sebetulnya minggu lalu saya, Tuan Azren dan Tuan Bakery telah ke Pasir Putih, Kelantan. Turut serta ialah seorang anak saya, Izzat.

Kami bertolak sekitar jam 9:00 malam hari Jumaat dan tiba di Gua Musang sekitar jam 1:30 pagi. Setelah mengosongkan kantung masing-masing, kami minum di premis berdekatan stesen Shell. Kemudian, kami tidur sebentar di perkarangan masjid Gua Musang. Sekitar jam 5:00 pagi, kami bergerak semula menuju ke Pasir Putih dan tiba sekitar jam 7:30 pagi.

Kami bersarapan di Restoran Bambu berhadapan dengan Masjid Pasir Putih. Sesudah itu, kami menelefon Cikgu Zunaidi, pemilik Gaharu Nano Tech Marketing. Sementara menunggu kedatangan Cikgu Zunaidi, kami berehat di perkarangan Masjid Pasir Putih. Sempatlah untuk kami membersihkan diri.

Setelah Cikgu Zunaidi tiba, kami bergerak ke Machang untuk melihat salah satu ladang gaharu milik Cikgu Zunaidi. Kemudian, kami bergerak ke Tok Bok untuk bertemu dengan sepasang suami-isteri yang datang dari Tampin. Kehadiran mereka adalah untuk bertemu dengan Cikgu Zunaidi dan membincangkan usul untuk menyuntik poko karas milik mereka sebanyak 5000 pokok.

Dari situ, kami bergerak berkumpulan ke sebuah lagi ladang gaharu Cikgu Zunaidi di Pasir Putih. Di sini, Cikgu Zunaidi telah memotong sebatang pokok karas kecil yang telah disuntik untuk menunjukkan perkembangan akibat suntikan itu. Nyata telah ada tanda-tanda penghasilan gaharu.


Cikgu Zunaidi mengetuai rombongan melawat ladang gaharu beliau.

Tuan Bakery merenung jauh...

Izzat tersengih dapat masuk hutan...

Cikgu Zunaidi sedang memotong pokok karas yang telah ditebang

Kelihatan tanda-tanda hitam kehadiran gaharu

Keratan lintang menunjukkan tanda-tanda kehadiran gaharu

Dari ladang, kami bergerak keluar. Di simpang tiga, kami berpisah dengan pasangan suami-isteri tersebut dan menuju ke sebuah restoran di pinggir jalan Kota-Bahru - Kuala Krai untuk makan tengahari. Sambil makan, sambil berbual. Berbagai topik kami bincangkan. Banyak juga ilmu baharu yang dapat ditimba.

Selesai makan tengahari, kami menuju ke Wakaf Che Yeh sementara Cikgu Zunaidi menuju ke Kuala Terengganu untuk mengambil anaknya. Shah Palace Inn; itulah tempat yang kami tuju senagai tempat untuk berehat malam nanti. Banglo yang dijadikan 'inn' ini adalah kepunyaan seorang rakan. Fuh! Besarnya banglo ni. Ada lapan bilik disediakan dalam berbagai kategori; presidential suite, family suite dan sebagainya.

Malam itu, kami ke pasar malam Wakaf Che Yeh. Selepas menjamu selera, kami melilau berpusing-pusing ke sekitar pasar malam sebelum kembali ke banglo untuk menunggu kedatangan Cikgu Zunaidi. Janjinya siang tadi, dia akan datang untuk perbincangan lanjutan. Malangnya, Cikgu Zunaidi tidak dapat hadir kerana beliau lewat pulang dari Kuala Terengganu.

Esoknya, hari minggu, awal-awal lagi kami telah bertolak untuk pulang. Di perjalanan, kami singgah di Kok Lanas untuk membeli keropok losong dan bersarapan pagi. Perjalanan pulang kami diiringi dengan hujan yang berterusan. Hingga melepasi Gua Musang hujan masih turun; sekejap lebat, sekejap renyai. Sekitar jam 2:00 petang, kami tiba di Bandar Kuala Lipis untuk berehat dan makan tengahari. Jam 3:00 petang, kami bergerak semula menuju ke Kuala Lumpur dan tiba sekitar jam 5:30 petang.

Hah! Penatnya! Esok kerja pulak........zzzZZZ.

Wassalam.

Saturday 16 April 2011

Akhirnya...Kini Bersih

Salam warahmatullah,

Kehadiran En Malek pada hari ini amat menceriakan suasana. Walaupun kerja-kerja terhenti kira-kira 1 jam kerana hujan turun dengan lebatnya, namun dengan kehadiran En Malek makanya persekitaran pokok-pokok karas di kedua-dua projek BOG dan FM telah dapat dibersihkan. Bolehlah bertahan kira-kira dua minggu agaknya. Cuma hanya, rancangan untuk menabur baja terpaksa dibatalkan akibat hujan.

Di samping itu, banyak juga anak pisang telah ditanam di sekitar tapak kedua-dua projek. Mudah-mudahan nanti dapatlah menikmati pisang sebelum menikmati hasil karas.

Pun begitu, masih banyak pokok karas yang mati di projek FM. Anggaran sekitar 25 pokok. Hmm...patut ke disulam? Fulusnya bagaimana ya!?


Sambil bekerja, sambil berborak. Macam-macam le topik yang keluar. Tau-tau ajelah En Malek tu. Kalau berborak, 2 -3 jam pun tak apa. Tapi, ada baiknya juga berborak dengan En Malek. Macam-macam idea bodoh dan bijak diutarakan. Pandai-pandailah menapisnya.

Sedar tak sedar, dah jam 2:00 petang dah pun. Yelah...hujan masih renyai. Cuaca sejuk. Sebab itulah tak terasa penatnya. Hmm...cukuplah setakat ini. Sambung lagi 2 minggu dari sekarang. Mungkin nanti boleh ditabur baja. Insyallah.


Wassalam.





Tuesday 12 April 2011

Racun Serangga Organik.....sambungan



Gambar-gambar di atas menunjukkan antara jenis serangga yang boleh menyerang pokok karas. Dan, serangga ini boleh dicegah menggunakan resipi racun serangga organik yang diberikan sebelum ini.

Monday 11 April 2011

Racun Serangga Organik

Salam warahmatullah,

Menanam karas seperti juga pokok-pokok yang lain tidak lepas dari serangan serangga perosak. Bagi mengatasi masalah ini, kita mempunyai berbagai opsyen dari berbagai jenis racun serangga komersial yang terdapat di pasaran.

Masalahnya, untuk pokok karas kita tidak boleh menggunakan racun serangga komersial kerana ia akan menjejaskan mutu gaharu itu nanti.

Namun ini bukanlah masalah yang besar kerana kita boleh membuat sendiri racun serangga organik yang boleh digunakan ke atas sebarang jenis pokok dan tanpa kesan sampingan.

Caranya...

Kita memerlukan sedikit bawang putih, cili padi serta sabun serbuk. Bawang putih serta cili padi ditumbuk kemudian dibancuh dengan air serta sedikit sabun serbuk. Bancuhan ini kemudiannya ditapis ke dalam 'spray bottle' dan bolehlah digunakan.

Mudah, murah dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Selamat mencuba!

Tuesday 5 April 2011

Landlord...

Salam warahmatullah,

Nampaknya Landlord pun semakin rancak menanam pokok karas ni. Baru-baru ini, Landlord telah pun membeli tambahan 10 anak pokok untuk ditanam menjadikan jumlah pokok sekitar 30 pokok.

Alhamdulillah, semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang lumayan nanti.

Dalam pada kurang keyakinan dan minat, dah 30 pokok ditanam. Lepas ni nanti, entah berapa pokok le pulak yang akan ditambah?

Apa-apa pun, usaha tangga kejayaan.

Syabas Landlord!

Wassalam.

Monday 4 April 2011

Sulaman Baharu Anak Karas

Salam warahmatullah,

Semalam 5 batang anak pokok karas telah pun disulam bagi menggantikan beberapa batang pokok karas yang mati. Keadaan tapak projek agak bersih setelah kontraktor pembersihan Landlord memotong rumput serta semak. Nampak gayanya nak kena reimburse la pulak kat Landlord.

Memandangkan semua peserta begitu sibuk dengan kerjaya masing-masing, mungkin ada baiknya juga jika kerja-kerja pembersihan dan penjagaan pokok karas itu dikontrakkan.

5 batang anak karas lagi telah juga ditanam di tapak projek Family Member bagi menggantikan pokok-pokok yang telah mati.

Salah seorang pemegang saham terkini sedang sibuk membersihkan pokok karas.
 
Lagi seorang pemegang saham terkini sedang menggali lubang untuk menanam anak karas.













Wassalam.