...

LAZADA

Lazada Malaysia

Tuesday 29 March 2011

Aktiviti Menyulam Anak Pokok

Salam warahmatullah,

5 batang anak pokok karas telah pun dibeli hujung minggu yang lalu dan insyallah akan ditanam bagi menggantikan pokok-pokok karas yang mati pada hujung minggu akan datang.

Bagi para peserta yang mempunyai kelapangan, diharapkan dapat turun padang untuk bersama-sama menanam serta membersih dan menyelenggara tapak projek yang kini sudah agak semak.

Di samping itu, bolehlah juga nanti pokok-pokok yang ada diberikan baja.

Wassalam.

Monday 21 March 2011

Berita Terkini....

Salam warahmatulllah...

Sudah lebihkurang satu tahun projek penanaman karas berjalan. Berbagai cabaran dihadapi. Paling utama: ketidakhadiran para peserta projek untuk menjenguk dan melakukan selenggaraan tapak projek. Akibatnya, tapak projek kini amat semak dan memerlukan selenggaraan segera.

Berkemungkinan dari faktor tersebut, beberapa batang pokok karas telah mati dan setelah disulam baharu pun masih ada yang mati lagi.

Apapun, berikut adalah gambar-gambar dari minggu lalu.

















Friday 11 March 2011

Blog Baru!

Salam warahmatullah...

Laman Karas kini berpindah ke portal baru di Blogspot.Com.

Semoga perpindahan ini akan melahirkan portal yang lebih menceriakan serta lebih memberi pengetahuan.

Untuk mengikuti blog lama, sila klik sini!

Wassalam.